Fakta Fakta Unik/Gila Tentang Perjalanan Aku

Disember 2015..kejap je masa berlalu..dipendekkan cerita..Disember 2014, wife aku berjaya mohon pertukaran dari PTSB di Kulim, Kedah ke PSAS di Behrang, Perak..aku syukur sangat2 tapi ada satu pengorbanan yang perlu dibuat..aku perlu berulang-alik setiap hari dari Tg Malim ke Cyberjaya kalau nak duduk serumah dengan wife dan anak..kat bawah ni adalah fakta2 unik tentang perjalanan aku


1. Jarak dari rumah ke opis = 120 km (sikit lebih kurang halal). Jadi sehari aku akan travel 240 km. Sebulan aku kerja dalam 22 hari, jadi 22 hari x 240 km = 5280 km sebulan. Setahun, perjalanan aku adalah 12 bulan x 5280 km = 63360 km setahun. Mengikut uncle Google, satu pusingan mengelilingi dunia = 24,901.55 miles (40075.16 km). So, perjalanan aku setahun lebih kurang 1.5 pusingan mengelilingi dunia (tapi paling jauh aku pergi pun Korea je)/n

2. Masa perjalanan dari rumah ke opis = 1 jam 15 minit (1.25 jam). Jadi sehari aku ambil masa 2.5 jam untuk pergi dan balik. Perjalanan aku sebulan, 22 hari x 2.5 jam = 55 jam. Kalau setahun, 12 bulan x 55 jam = 660 jam. So secara purata, aku abeskan masa selama 27.5 hari (660 jam/24 jam) di atas jalan raya je (abes masa aku sebulan).

3. Kos perjalanan pulak. Secara normal, minyak motor aku adalah 50 ringgit untuk 3 hari perjalan pergi balik. So untuk 22 hari kerja, aku isi lebih kurang 7 kali, so total sebulan = RM350.

4. Kos servis. Oleh kerana heavy duty, ulang alik 240 km sehari, jadi motor aku diservis setiap bulan. Anggaran servis adalah RM160 sebulan.

Soalan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan, atau orang-orang yang baru tau aku ulang alik Tg. Malim - Cyberjaya hari2 adalah seperti di bawah.

1. Soalan : Tak penat ke bro?
    Jawapan : Dah tentu penat.

2. Soalan : Jauh tu. Gerak dari rumah kol 5 pagi ke?
    Jawapan : Jauh gak laa. Gerak dari rumah kol 7.15 pagi. Sampai opis dalam pukul 8.30 pagi. Masuk keje kol 9.

3. Soalan : Larat pulak badan kau hari-hari travel.
    Jawapan : Alhamdulillah..selagi larat aku ulang-alik.

4. Soalan : Musim hujan naik kereta?
    Jawapan : Tak, redah je. Pegi keje bawak baju spare sepersalinan. Kalau hujan otw pegi opis, smpi opis salin laa. Kalau hujan otw balik takde masalah.

5. Soalan : Gila kau ni. Apasal tak cari rumah sewa kat area Cyberjaya je?
    Jawapan : Cukup laa 2 tahun lebih aku duk jauh ngan bini, setahun berjauhan ngan anak. Lagi sanggup ulang alik gini dari rindu anak bini.

6. Soalan : Apasal wife kau tak mintak tukar area sini je?
    Jawapan : Mintak memang boleh, tapi lulus belum tentu.

7. Soalan : Tak pun, kau je laa cari kerja dekat sikit dengan rumah
    Jawapan : InsyaAllah, dalam pertimbangan

Diam tak diam, dah setahun aku ulang-alik..alhamdulillah aku diberi kekuatan dan kesihatan nak hadap perjalanan hari2..balik kerja penat2, tengok telatah Faidh Irfan..hilang segala letih..moga aku terus diberi nikmat sihat tubuh badan..isteri dan anak sebagai motivasi aku..terima kasih kat wife sebab memahami keletihan aku