Facebook Down, Instagram dan Whatsapp Juga Terkesan

Kredit photo : www.bbc.com

Beberapa produk Facebook mengalami gangguan, yang memberi kesan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.


Produk utama Facebook, perkhidmatan Messenger, laman perkongsian imej Instagram dan aplikasi pesanan WhatsApp semuanya terganggu.


Punca gangguan itu belum diketahui, atau belum dimaklumkan kepada umum.


"Kami sedar bahawa sesetengah orang sedang menghadapi masalah mengakses keluarga aplikasi Facebook," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.



"Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."

Syarikat itu berkata, gangguan itu bukan hasil daripada serangan Distributed Denial of Service, yang dikenali sebagai DDoS - sejenis serangan siber yang melibatkan sasaran aplikasi dengan jumlah trafik yang sangat tinggi.



Walaupun perkhidmatan utama Facebook boleh dibuka, pengguna melaporkan tidak dapat menyiarkan sebarang post baru.

Pengguna di Instagram tidak dapat "refresh feed" atau menghantar post baru. Versi desktop Facebook Messenger tidak boleh load - tetapi aplikasi mudah alih dilihat membenarkan penghantaran beberapa mesej, tetapi pengguna melaporkan gangguan dengan jenis kandungan seperti imej yang tidak boleh dihantar. WhatsApp, aplikasi pemesejan Facebook yang lain, turut mempunyai masalah yang sama.


Sumber berita dari BBC.com

GiveAway Tudung

Assalamualaikum

Haa..bila tengok title Give Away tudung, mesti ramai gadis2, akak2, makcik2 yang kat luar tu dah senyum lebar.

Mungkin ada yang sedia maklum yang saya ada bisnes online iaitu FJ Online Store (kalau ada yang taktau, boleh click kat situ) yang menjual mostly baju dan seluar, pakaian sukan especially untuk lelaki.

Dan sekarang, saya dengan beberapa rakan selaku partner membuka satu cabang baru untuk kawan2 perempuan iaitu Fadiya Hijab Boutique (< klik sini)

Jadi bersempena dengan pembukaan rasmi kami November nanti, kami bermurah hati nak buat Give Away contest bagi mereka2 yang berminat.

So, apa yang perlu korang semua buat untuk berpeluang menjadi salah seorang daripada 5 pemenang bertuah kami? Senang je. Ikut step2 kat bawah ni dan anda mungkin dapat tudung free (Voila Maxi).
Make sure completekan ketiga-tiga step tau? Termiss satu boleh buat anda miss peluang jadi pemenang.

1) LIKE pages Facebook kami Fadiya Hijab Boutique.
2) LIKE post Give Away kami (cari gambar macam kat bawah yang ada adik comel ni dalam FB page kami) dan SHARE photo tu di wall Facebook anda.
3) Kemudian KOMEN "Give away" di post Give Away tu.




 Simple kan? So tunggu apa lagi? Contest akan tamat pada 30 Oktober dan kami akan pilih 5 pemenang bertuah pada 31 Oktober secara rawak. Keputusan akan diumumkan pada 1 Nov.

Kat bawah ni kami saje2 buat checklist supaya korang tak miss any step.


Selamat mencuba dan teruskan menyokong kami.

Permainan Anak-Anak Zaman Dulu


lepas buat entry Dulu Lain Sekarang Lain..aku rasa terpanggil untuk kenalkan anak2 zaman sekarang benda2 yang mungkin diorang dah tak jumpa lagi masa ni..lebih2 lagi ysng duduk kat bandar dan tak pernah jejak kaki ke kampung

1st pasal caplong..caplong nih sejenis senjata zaman purba yang diperbuat daripada buluh..terbahagi pada dua bahagian iaitu tempat isi peluru dan pencucuhnye..then pelurunya pulak guna buah cenerai


natang ni namanya caplong/pistol buluh


ni buah cenerai utk peluru..kena berbirat nih


2nd lawan biji getah..ni salah satu lagi mainan feveret sementara tunggu sekolah agama sesi pertama abes..duduk belakang sekolah kutip biji getah pastu lawan..cara lawannye..dua bijik getah diletakkan di tengah2 tapak tangan..katakan yang kat tangan kanan aku punya..kat tangan kiri Ali punya..so dekatkan kedua2 tapak tangan dan tekan kuat2..make sure biji getah tu kena satu sama lain..mana yg pecah dulu dia laa kalah..simple kn?


ni biji getah..corak dia menarik


next guli..adik2 sekarang ni memang kenal guli..tapi diorang beli buat hiasan akuarium..bagi ikan yang main..kalau dulu time main guli ni..kalau tak terer jangan laa berani masuk bertarung..memang selesai laa guli sekarung jawabnya..main guli ni banyak cara nya..kalau main ramai2 leh main dalam bulatan..kalau main berdua je leh main tuju


syaratnya kena keluarkn guli dari bulatan :)

rasanya ni je buat masa nih..nanti2 aku post lagi pasal permainan2 lain pulak :D

credit gambar kepada pemilik asalnya :)

Dulu Lain Sekarang Lain

zaman kanak-kanak aku adalah satu zaman paling menyeronokkan..zaman yg tak akan dilupakan..berbeza dgn kanak2 zaman skrg..aku kesian sbb diorg tak dpt menikmati erti sebenar kanak2 :p

Dulu: tak pikir sgt pasal duit..gi sekolah mak bagi 50 sen dh kira byk..beli nasi goreng 20 sen, air 10 sen..Alhamdulillah kenyang..siap ada baki 20 sen..kalo mak bg bekal dh jimat dh 50 sen..bekal share dgn kawan2..tukar2 juadah ala2 bulan puasa
Sekarang: bawak ke sekolah sehari 5 inggit..tuh pun kadang2 tak cukup (belanja kwn)..menu plak tanak kalah..tak main dh nasi goreng 20 sen nih..bege laa, hotdog laa..bekal?..sori laa mak..tak remaja laa bawak bekal..remaja jadahnya umur baru 8 tahun?

Dulu: bila kata main perang2..siapkn senapang kayu, caplong..masuk hutan cari pokok cenerai utk amik buah dia buat peluru..pinjam kain pelikat abah utk lilit muka ala2 taliban..masuk 'battle field' (kebun dpn umah)..main sepuas hati..abes peluru cepat2 gi cari pokok cenerai utk refill..badan berbirat kena tembak..dan kita sndr pengadilnya..mati tak mati sendiri decide..haha..kos?..keringat mencari/menebang buluh n redah semak cari peluru buah cenerai..tambah sket lg keringat bila abah kejar sbb kain pelikat dia koyak (sangkut kat ranting pokok)
nih laa caplong (utk adik2 yg tatau)
Sekarang: bila kata main perang2..terus online..log in kat stream..Counter Strike..tekan mouse je..3-4 kali tembak dh kena head shot..tunggu smpi org lain mati baru start balik..sakit?..takde sikit pun..sakit hati ada laa asyik mati awal je..nk mencabar sket?..main paintball..bayar mahal dpt peluru limited..nk tambah peluru kena bayar lg..kalo peluru abes maka tak dpt laa nk menembak lg..tuh pun kalo sempat abes peluru..br main kejap marshall dh suruh kuar..kena tembak?..kadang2 just kena splash dia je..musuh tembak ke tanah, pallet pecah..ink dia terpercik ke baju dh kira out..tak puas

Dulu: cuti sekolah..time paling heaven..balik kmpg mak mandi laut..balik kmpg abah mandi sungai..jumpa geng2 kat kmpg..main dr pagi smpi ptg..guli, gasing, layang2 (hand-made), konda-kondi, rounders..tghr ada break kejap balik mkn nasi..lepas tuh duk sambung balik main..jumpa atuk nenek benda paling menyeronokkn..atuk bwk gi jalan2..gi zoo, gi taman buaya..belikan itu ini..kadang2 smpi tanak balik umah sndr
masyuk wo mandi sungai ni main konda-kondi

Sekarang: cuti sekolah..masa utk mengadap PlayStation 4..main game bola..guli?..tuh hiasan akuarium je..gasing?..beli yg elektronik siap ada lampu2..takyah susah2 nk lilit tali..tekan je dh pusing..haha..layang2 tak ckp laa..beli tepi pantai mcm2 rupa bentuk ada..konda-kondi kompem tatau..mak ayah ajak balik kmpg tanak.."suruh laa atuk nenek dtg sini"..terbalik dh plak..mcm atuk dia plak yg cuti sekolah..tu pun kalo atuk dia dtg dia still tak perasan sbb leka main game

Dulu: gi sekolah jalan kaki..takde laa jauh mana pun..dlm satu kilometer je..jalan ramai2 tak rasa pun..hujan?..bwk payung..baju sekolah, kasut letak dlm plastik masuk dlm beg..gi sekolah pakai baju biasa dl..smpi sekolah baru salin..baju basah gi jemur kat taman permainan sekolah..besar sket dpt basikal..tu pun 2nd hand bapak sedara punya..brek pun takde..original brek guna kaki je duk tekan tayar basikal..tuh yg duk haus tapak selipar tuh
Sekarang: ayah dh gi keje..mak yg kena hantar gi sekolah naik keta..alasan nnt penat takleh fokus dlm kelas..haha..hujan?..tarik selimut balik laa jawabnye..padahal mak dh start enjin keta nih..besar sket mintak basikal..tanak kalah..kwn ada bmx nak bmx..kwn ada mountain bike nk mountain bike..kwn ada fixie nk fixie jugak..tp dh dpt basikal bukan ke sekolah..ponteng gi lepak ngan geng2 basikal..modified jadi basikal lajak..tunjuk basikal sape paling lawa

Dulu: cinta monyet dulu2..guna surat..tulis pun tak panjang.."hari ni mak kita bg duit lebih..kita nk belanja awk air sirap..rehat nnt jumpa kat kantin..pecah kata pecah gelas..kalo pecah gelas kantin awk ganti..p/s: sori tulisan buruk tangan gigil"..haha..padahal tulisan mmg semulajadi buruk..pastu letak bedak atas surat baru lipat..kalo org yg kita bg surat tu dtg time rehat..smpi abes sekolah senyum nye..lg2 kalo dpt ngurat anak cikgu yg comel..kita laa yg hebat..tp dia dtg ngan kain sekolah dia penuh bedak..haha
Sekarang: umur baru 9-10 tahun dh panggil papa mama nih..kepala otak dia.."mama..hari nih papa dpt duit lebih..lepas sekolah kang kita gi mkn kfc ye?..love u muahx muahx xoxo"..what the?..baper lebih duit ko smpi leh gi mkn kfc dik?..kecik2 dh tau muahx muahx?..contact pun thru bbm, whatsapp..kalo bergaduh plak kuar mcm2.."smpi hati papa..td mama tgk papa belanja si A kat kantin..kata nk belanja mama mkn kfc..mama nk tau kata putus..papa pilih antara dua..si A atau mama?"..aduhai..syahdunya percintaan korg :p

byk lagi beza dl ngan skrg..ternyata semua tuh tinggal kenangan yg hanya boleh diceritakan pada generasi akan dtg..aku bangga jadi anak2 yang lahir tahun 80-an :)
credit gambar utk tuan empunya..curi dari uncle Google

Pengorbanan

2017..kejap je masa berlalu..dipendekkan cerita..Disember 2014, wife aku berjaya mohon pertukaran dari PTSB di Kulim, Kedah ke PSAS di Behrang, Perak..aku syukur sangat2 tapi ada satu pengorbanan yang perlu dibuat..aku perlu berulang-alik setiap hari dari Tg Malim ke tempat kerja kalau nak duduk serumah dengan wife dan anak..kat bawah ni adalah kira2 tentang perjalanan aku
1. Jarak dari rumah ke opis Cyberjaya = 120 km (sikit lebih kurang halal). Jadi sehari aku akan travel 240 km. Sebulan aku kerja dalam 22 hari, jadi 22 hari x 240 km = 5280 km sebulan. Setahun, perjalanan aku adalah 12 bulan x 5280 km = 63360 km setahun. Aku travel ke Cyberjaya selama 2 tahun, so 126720 km. Jarak dari rumah ke opis Damansara = 90 km sehala, so 180 km sehari. Sebulan
= 3960 km (22 hari x 180). Aku kerja Damansara setahun = 47520 km. So total 3 tahun ni aku dah travel sejauh 174240 km. Mengikut uncle Google, satu pusingan mengelilingi dunia = 24,901.55 miles (40075.16 km). So, perjalanan aku 3 tahun ni lebih kurang 4.3 kali pusingan mengelilingi dunia (tapi paling jauh aku pergi pun Korea je, tu pun sekali je)
2. Masa perjalanan dari rumah ke opis Cyberjaya = 1 jam 30 minit (1.5 jam). Jadi sehari aku ambil masa 3 jam untuk pergi dan balik. Perjalanan aku sebulan, 22 hari x 3 jam = 66 jam. Kalau 2 tahun, 24 bulan x 66 jam = 1584 jam. Masa perjalanan dari rumah ke opis Damansara = 1 jam. Sehari = 2 jam, sebulan 44 jam, setahun = 528 jam. So total 3 tahun ni, aku abeskan masa selama 88 hari (2112 jam/24 jam) di atas jalan raya je (abes masa aku 3 bulan).
Soalan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan, atau orang-orang yang baru tau aku ulang alik dari Tg. Malim hari2 adalah seperti di bawah.
1. Soalan : Tak penat ke bro?
Jawapan : Dah tentu penat.
2. Soalan : Jauh tu. Gerak dari rumah kol 5 pagi ke?
Jawapan : Jauh gak laa. Gerak dari rumah kol 7.15 pagi. Sampai opis dalam pukul 8.45 pagi. Masuk keje kol 9.
3. Soalan : Larat pulak badan kau hari-hari travel.
Jawapan : Alhamdulillah..selagi larat aku ulang-alik.
4. Soalan : Musim hujan naik kereta?
Jawapan : Tak, redah je. Pegi keje bawak baju spare sepersalinan. Kalau hujan otw pegi opis, smpi opis salin laa. Kalau hujan otw balik takde masalah, redah je.
5. Soalan : Gila kau ni. Apasal tak cari rumah sewa kat area Cyberjaya je?
Jawapan : Cukup laa 2 tahun lebih aku duk jauh ngan bini, setahun berjauhan ngan anak. Lagi sanggup ulang alik gini dari rindu anak bini.
6. Soalan : Apasal wife kau tak mintak tukar area sini je?
Jawapan : Mintak memang boleh, tapi lulus belum tentu.
7. Soalan : Tak pun, kau je laa cari kerja dekat sikit dengan rumah
Jawapan : Apply dah, tapi takde yang berminat nak hire.
8. Soalan : Tak bahaya ke hari2 travel jauh naik motor?
Jawapan : Alhamdulillah, dua kali je pernah rebah dek kerana kebodohan pemandu kereta. kali kedua tu teruk sikit.
Diam tak diam, dah 3 tahun aku ulang-alik..alhamdulillah aku dipinjamkan oleh Allah kekuatan dan kesihatan nak hadap perjalanan hari2..balik kerja penat2, tengok telatah Faidh Irfan, Faris Iskandar..hilang segala letih..moga aku terus diberi nikmat sihat tubuh badan..isteri dan anak2 sebagai motivasi aku..terima kasih kat wife sebab memahami keletihan aku.
*kalau ada boss2 area KL/Selangor nak hire, saya masih sanggup nak travel..kalau ada boss Tg Malim nak hire lagi bagus