Facebook Down, Instagram dan Whatsapp Juga Terkesan

Kredit photo : www.bbc.com

Beberapa produk Facebook mengalami gangguan, yang memberi kesan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.


Produk utama Facebook, perkhidmatan Messenger, laman perkongsian imej Instagram dan aplikasi pesanan WhatsApp semuanya terganggu.


Punca gangguan itu belum diketahui, atau belum dimaklumkan kepada umum.


"Kami sedar bahawa sesetengah orang sedang menghadapi masalah mengakses keluarga aplikasi Facebook," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.



"Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."

Syarikat itu berkata, gangguan itu bukan hasil daripada serangan Distributed Denial of Service, yang dikenali sebagai DDoS - sejenis serangan siber yang melibatkan sasaran aplikasi dengan jumlah trafik yang sangat tinggi.



Walaupun perkhidmatan utama Facebook boleh dibuka, pengguna melaporkan tidak dapat menyiarkan sebarang post baru.

Pengguna di Instagram tidak dapat "refresh feed" atau menghantar post baru. Versi desktop Facebook Messenger tidak boleh load - tetapi aplikasi mudah alih dilihat membenarkan penghantaran beberapa mesej, tetapi pengguna melaporkan gangguan dengan jenis kandungan seperti imej yang tidak boleh dihantar. WhatsApp, aplikasi pemesejan Facebook yang lain, turut mempunyai masalah yang sama.


Sumber berita dari BBC.com

GiveAway Tudung

Assalamualaikum

Haa..bila tengok title Give Away tudung, mesti ramai gadis2, akak2, makcik2 yang kat luar tu dah senyum lebar.

Mungkin ada yang sedia maklum yang saya ada bisnes online iaitu FJ Online Store (kalau ada yang taktau, boleh click kat situ) yang menjual mostly baju dan seluar, pakaian sukan especially untuk lelaki.

Dan sekarang, saya dengan beberapa rakan selaku partner membuka satu cabang baru untuk kawan2 perempuan iaitu Fadiya Hijab Boutique (< klik sini)

Jadi bersempena dengan pembukaan rasmi kami November nanti, kami bermurah hati nak buat Give Away contest bagi mereka2 yang berminat.

So, apa yang perlu korang semua buat untuk berpeluang menjadi salah seorang daripada 5 pemenang bertuah kami? Senang je. Ikut step2 kat bawah ni dan anda mungkin dapat tudung free (Voila Maxi).
Make sure completekan ketiga-tiga step tau? Termiss satu boleh buat anda miss peluang jadi pemenang.

1) LIKE pages Facebook kami Fadiya Hijab Boutique.
2) LIKE post Give Away kami (cari gambar macam kat bawah yang ada adik comel ni dalam FB page kami) dan SHARE photo tu di wall Facebook anda.
3) Kemudian KOMEN "Give away" di post Give Away tu.




 Simple kan? So tunggu apa lagi? Contest akan tamat pada 30 Oktober dan kami akan pilih 5 pemenang bertuah pada 31 Oktober secara rawak. Keputusan akan diumumkan pada 1 Nov.

Kat bawah ni kami saje2 buat checklist supaya korang tak miss any step.


Selamat mencuba dan teruskan menyokong kami.

Permainan Anak-Anak Zaman Dulu


lepas buat entry Dulu Lain Sekarang Lain..aku rasa terpanggil untuk kenalkan anak2 zaman sekarang benda2 yang mungkin diorang dah tak jumpa lagi masa ni..lebih2 lagi ysng duduk kat bandar dan tak pernah jejak kaki ke kampung

1st pasal caplong..caplong nih sejenis senjata zaman purba yang diperbuat daripada buluh..terbahagi pada dua bahagian iaitu tempat isi peluru dan pencucuhnye..then pelurunya pulak guna buah cenerai


natang ni namanya caplong/pistol buluh


ni buah cenerai utk peluru..kena berbirat nih


2nd lawan biji getah..ni salah satu lagi mainan feveret sementara tunggu sekolah agama sesi pertama abes..duduk belakang sekolah kutip biji getah pastu lawan..cara lawannye..dua bijik getah diletakkan di tengah2 tapak tangan..katakan yang kat tangan kanan aku punya..kat tangan kiri Ali punya..so dekatkan kedua2 tapak tangan dan tekan kuat2..make sure biji getah tu kena satu sama lain..mana yg pecah dulu dia laa kalah..simple kn?


ni biji getah..corak dia menarik


next guli..adik2 sekarang ni memang kenal guli..tapi diorang beli buat hiasan akuarium..bagi ikan yang main..kalau dulu time main guli ni..kalau tak terer jangan laa berani masuk bertarung..memang selesai laa guli sekarung jawabnya..main guli ni banyak cara nya..kalau main ramai2 leh main dalam bulatan..kalau main berdua je leh main tuju


syaratnya kena keluarkn guli dari bulatan :)

rasanya ni je buat masa nih..nanti2 aku post lagi pasal permainan2 lain pulak :D

credit gambar kepada pemilik asalnya :)

Dulu Lain Sekarang Lain

zaman kanak-kanak aku adalah satu zaman paling menyeronokkan..zaman yg tak akan dilupakan..berbeza dgn kanak2 zaman skrg..aku kesian sbb diorg tak dpt menikmati erti sebenar kanak2 :p

Dulu: tak pikir sgt pasal duit..gi sekolah mak bagi 50 sen dh kira byk..beli nasi goreng 20 sen, air 10 sen..Alhamdulillah kenyang..siap ada baki 20 sen..kalo mak bg bekal dh jimat dh 50 sen..bekal share dgn kawan2..tukar2 juadah ala2 bulan puasa
Sekarang: bawak ke sekolah sehari 5 inggit..tuh pun kadang2 tak cukup (belanja kwn)..menu plak tanak kalah..tak main dh nasi goreng 20 sen nih..bege laa, hotdog laa..bekal?..sori laa mak..tak remaja laa bawak bekal..remaja jadahnya umur baru 8 tahun?

Dulu: bila kata main perang2..siapkn senapang kayu, caplong..masuk hutan cari pokok cenerai utk amik buah dia buat peluru..pinjam kain pelikat abah utk lilit muka ala2 taliban..masuk 'battle field' (kebun dpn umah)..main sepuas hati..abes peluru cepat2 gi cari pokok cenerai utk refill..badan berbirat kena tembak..dan kita sndr pengadilnya..mati tak mati sendiri decide..haha..kos?..keringat mencari/menebang buluh n redah semak cari peluru buah cenerai..tambah sket lg keringat bila abah kejar sbb kain pelikat dia koyak (sangkut kat ranting pokok)
nih laa caplong (utk adik2 yg tatau)
Sekarang: bila kata main perang2..terus online..log in kat stream..Counter Strike..tekan mouse je..3-4 kali tembak dh kena head shot..tunggu smpi org lain mati baru start balik..sakit?..takde sikit pun..sakit hati ada laa asyik mati awal je..nk mencabar sket?..main paintball..bayar mahal dpt peluru limited..nk tambah peluru kena bayar lg..kalo peluru abes maka tak dpt laa nk menembak lg..tuh pun kalo sempat abes peluru..br main kejap marshall dh suruh kuar..kena tembak?..kadang2 just kena splash dia je..musuh tembak ke tanah, pallet pecah..ink dia terpercik ke baju dh kira out..tak puas

Dulu: cuti sekolah..time paling heaven..balik kmpg mak mandi laut..balik kmpg abah mandi sungai..jumpa geng2 kat kmpg..main dr pagi smpi ptg..guli, gasing, layang2 (hand-made), konda-kondi, rounders..tghr ada break kejap balik mkn nasi..lepas tuh duk sambung balik main..jumpa atuk nenek benda paling menyeronokkn..atuk bwk gi jalan2..gi zoo, gi taman buaya..belikan itu ini..kadang2 smpi tanak balik umah sndr
masyuk wo mandi sungai ni main konda-kondi

Sekarang: cuti sekolah..masa utk mengadap PlayStation 4..main game bola..guli?..tuh hiasan akuarium je..gasing?..beli yg elektronik siap ada lampu2..takyah susah2 nk lilit tali..tekan je dh pusing..haha..layang2 tak ckp laa..beli tepi pantai mcm2 rupa bentuk ada..konda-kondi kompem tatau..mak ayah ajak balik kmpg tanak.."suruh laa atuk nenek dtg sini"..terbalik dh plak..mcm atuk dia plak yg cuti sekolah..tu pun kalo atuk dia dtg dia still tak perasan sbb leka main game

Dulu: gi sekolah jalan kaki..takde laa jauh mana pun..dlm satu kilometer je..jalan ramai2 tak rasa pun..hujan?..bwk payung..baju sekolah, kasut letak dlm plastik masuk dlm beg..gi sekolah pakai baju biasa dl..smpi sekolah baru salin..baju basah gi jemur kat taman permainan sekolah..besar sket dpt basikal..tu pun 2nd hand bapak sedara punya..brek pun takde..original brek guna kaki je duk tekan tayar basikal..tuh yg duk haus tapak selipar tuh
Sekarang: ayah dh gi keje..mak yg kena hantar gi sekolah naik keta..alasan nnt penat takleh fokus dlm kelas..haha..hujan?..tarik selimut balik laa jawabnye..padahal mak dh start enjin keta nih..besar sket mintak basikal..tanak kalah..kwn ada bmx nak bmx..kwn ada mountain bike nk mountain bike..kwn ada fixie nk fixie jugak..tp dh dpt basikal bukan ke sekolah..ponteng gi lepak ngan geng2 basikal..modified jadi basikal lajak..tunjuk basikal sape paling lawa

Dulu: cinta monyet dulu2..guna surat..tulis pun tak panjang.."hari ni mak kita bg duit lebih..kita nk belanja awk air sirap..rehat nnt jumpa kat kantin..pecah kata pecah gelas..kalo pecah gelas kantin awk ganti..p/s: sori tulisan buruk tangan gigil"..haha..padahal tulisan mmg semulajadi buruk..pastu letak bedak atas surat baru lipat..kalo org yg kita bg surat tu dtg time rehat..smpi abes sekolah senyum nye..lg2 kalo dpt ngurat anak cikgu yg comel..kita laa yg hebat..tp dia dtg ngan kain sekolah dia penuh bedak..haha
Sekarang: umur baru 9-10 tahun dh panggil papa mama nih..kepala otak dia.."mama..hari nih papa dpt duit lebih..lepas sekolah kang kita gi mkn kfc ye?..love u muahx muahx xoxo"..what the?..baper lebih duit ko smpi leh gi mkn kfc dik?..kecik2 dh tau muahx muahx?..contact pun thru bbm, whatsapp..kalo bergaduh plak kuar mcm2.."smpi hati papa..td mama tgk papa belanja si A kat kantin..kata nk belanja mama mkn kfc..mama nk tau kata putus..papa pilih antara dua..si A atau mama?"..aduhai..syahdunya percintaan korg :p

byk lagi beza dl ngan skrg..ternyata semua tuh tinggal kenangan yg hanya boleh diceritakan pada generasi akan dtg..aku bangga jadi anak2 yang lahir tahun 80-an :)
credit gambar utk tuan empunya..curi dari uncle Google

Pengorbanan

2017..kejap je masa berlalu..dipendekkan cerita..Disember 2014, wife aku berjaya mohon pertukaran dari PTSB di Kulim, Kedah ke PSAS di Behrang, Perak..aku syukur sangat2 tapi ada satu pengorbanan yang perlu dibuat..aku perlu berulang-alik setiap hari dari Tg Malim ke tempat kerja kalau nak duduk serumah dengan wife dan anak..kat bawah ni adalah kira2 tentang perjalanan aku
1. Jarak dari rumah ke opis Cyberjaya = 120 km (sikit lebih kurang halal). Jadi sehari aku akan travel 240 km. Sebulan aku kerja dalam 22 hari, jadi 22 hari x 240 km = 5280 km sebulan. Setahun, perjalanan aku adalah 12 bulan x 5280 km = 63360 km setahun. Aku travel ke Cyberjaya selama 2 tahun, so 126720 km. Jarak dari rumah ke opis Damansara = 90 km sehala, so 180 km sehari. Sebulan
= 3960 km (22 hari x 180). Aku kerja Damansara setahun = 47520 km. So total 3 tahun ni aku dah travel sejauh 174240 km. Mengikut uncle Google, satu pusingan mengelilingi dunia = 24,901.55 miles (40075.16 km). So, perjalanan aku 3 tahun ni lebih kurang 4.3 kali pusingan mengelilingi dunia (tapi paling jauh aku pergi pun Korea je, tu pun sekali je)
2. Masa perjalanan dari rumah ke opis Cyberjaya = 1 jam 30 minit (1.5 jam). Jadi sehari aku ambil masa 3 jam untuk pergi dan balik. Perjalanan aku sebulan, 22 hari x 3 jam = 66 jam. Kalau 2 tahun, 24 bulan x 66 jam = 1584 jam. Masa perjalanan dari rumah ke opis Damansara = 1 jam. Sehari = 2 jam, sebulan 44 jam, setahun = 528 jam. So total 3 tahun ni, aku abeskan masa selama 88 hari (2112 jam/24 jam) di atas jalan raya je (abes masa aku 3 bulan).
Soalan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan, atau orang-orang yang baru tau aku ulang alik dari Tg. Malim hari2 adalah seperti di bawah.
1. Soalan : Tak penat ke bro?
Jawapan : Dah tentu penat.
2. Soalan : Jauh tu. Gerak dari rumah kol 5 pagi ke?
Jawapan : Jauh gak laa. Gerak dari rumah kol 7.15 pagi. Sampai opis dalam pukul 8.45 pagi. Masuk keje kol 9.
3. Soalan : Larat pulak badan kau hari-hari travel.
Jawapan : Alhamdulillah..selagi larat aku ulang-alik.
4. Soalan : Musim hujan naik kereta?
Jawapan : Tak, redah je. Pegi keje bawak baju spare sepersalinan. Kalau hujan otw pegi opis, smpi opis salin laa. Kalau hujan otw balik takde masalah, redah je.
5. Soalan : Gila kau ni. Apasal tak cari rumah sewa kat area Cyberjaya je?
Jawapan : Cukup laa 2 tahun lebih aku duk jauh ngan bini, setahun berjauhan ngan anak. Lagi sanggup ulang alik gini dari rindu anak bini.
6. Soalan : Apasal wife kau tak mintak tukar area sini je?
Jawapan : Mintak memang boleh, tapi lulus belum tentu.
7. Soalan : Tak pun, kau je laa cari kerja dekat sikit dengan rumah
Jawapan : Apply dah, tapi takde yang berminat nak hire.
8. Soalan : Tak bahaya ke hari2 travel jauh naik motor?
Jawapan : Alhamdulillah, dua kali je pernah rebah dek kerana kebodohan pemandu kereta. kali kedua tu teruk sikit.
Diam tak diam, dah 3 tahun aku ulang-alik..alhamdulillah aku dipinjamkan oleh Allah kekuatan dan kesihatan nak hadap perjalanan hari2..balik kerja penat2, tengok telatah Faidh Irfan, Faris Iskandar..hilang segala letih..moga aku terus diberi nikmat sihat tubuh badan..isteri dan anak2 sebagai motivasi aku..terima kasih kat wife sebab memahami keletihan aku.
*kalau ada boss2 area KL/Selangor nak hire, saya masih sanggup nak travel..kalau ada boss Tg Malim nak hire lagi bagus

Lelaki Datang Bulan

pasti anda tertanya-tanya..ada ke lelaki yang datang bulan?..jawapannya ya..hampir semua lelaki akan menghadapi masalah datang bulan..selalunya kejadian ni berlarutan selama sebulan..time tuh nak tido malam takleh..nak baring tak boleh..kerap mengantuk di siang hari..tekak akan mengidam untuk makan dan minum..time tuh gak kaum lelaki akan menghabiskan lebih banyak duit dari biasa..kepada isteri2 dan gadis2 yang mempunyai boyfriend..bersiap sedia laa menghadapi fenomena ini..ada beberapa tips untuk menghadapi situasi ini dengan tenang:

1. jangan halang suami/boyfriend anda utk keluar pada waktu malam
2. lebih molek kalo anda bagi dia duit tiap kali dia nak keluar
3. jangan ajak mereka keluar tengok wayang lebih2 lagi pada waktu malam
4. jangan marah kalo diorang asyik tido siang je
5. buatkan air kalo mereka nak berjaga (utk isteri2)
6. offer utk teman diorg time kuar (kalo anda rajin)
 7. pesan pada kawan2 anda, jangan jemput apa2 kenduri, sebab suami/boyfriend anda mesti takkan pergi
 8. jangan tanya kenapa suami/boyfriend korang moody

nih antara beberapa tips menangani masalah dtg bulan lelaki nih..benda nih jadi sekali dlm 2 tahun..jadi yg paling penting sekali..jangan amik remote tv/astro untuk tukar ke channel lain..haha..Euro dah nak mula~!!!

Sekilas Lalu

Assalamualaikum

Tu diaa..last entry sebelum ni bulan Mac 2013..laa ni dah April 2014..mungkin blog ni hanya ada yearly update kot..jadi sekilas lalu apa yg berlaku dlm hidup aku lepas entry Mac tahun lepas..kalo ada yg baca balik entry tu..isteri aku disahkan mengandung anak sulong kami..doktor bagi due 29 Oktober

Mac : 

Wife disahkan mengandung anak sulong..excited nye Allah saje yg tau..tp dalam masa yg sama nervous gak..mampu tak nk jaga anak..mampu tak itu..mampu tak ini..keje time tu lak gaji tak laa sebesar mana..tp fleksibel waktu kerja nye..so boleh off lama sket teman dia kat Kedah yg tgh morning sickness..muntah2..takleh bau makanan..apatah lg masuk dapur..so time tu keluar laa skill culinary aku yg lama terpendam

April :

Bakal masuk projek baru kat tempat kerja..so siap sedia kan diri..masa tu tetap busy handle team bola MMU..tp dh jarang travel sbb hujung minggu balik ke Kedah..baby dalam kandungan dah sebulan..gi scan nmpk bentuk dia yg kecikkk sgt dlm perut mama dia..mula bukak buku cari nama..prepare nama utk lelaki dan perempuan..kalo laki nak letak Muhammad Faidh (yang melimpah-ruah)..kalo pompuan nk letak nama Nur Fadya Irdina (Pembela Maruah Kami)

Mei :

Projek baru bermula..keje dgn client US..so waktu keje kitorg jd tak normal..masuk keje kol 5 pagi..balik kol 1 tghr..buntang mata nak bgn kol 4 pastu drive gi opis..yg best nya tak jammed laa kn..wife dah tak muntah2 dah..cuma dia still takleh terima lauk2 berunsurkan santan..mula buat planning apa nk beli utk persediaan baby..list down barang je dulu

Jun :

Janji Allah tu benar..setiap anak ada rezeki nya sendiri..Alhamdulillah dapat dua offer keje..satu kat opis yg sama cuma jawatan yg dinaikkan..satu lg offer dari IBM Cyberjaya..IT Support..lepas bincang2 dgn wife, dgn manager..so aku terima offer IBM walaupun tau keje dh tak fleksibel macam dl..10 Jun tarikh aku masuk IBM Cyberjaya sbg seorang IT Support..syukur tak terkata..sbb gaji lebih baik dan menyenangkn hati menjelang kehadiran insan baru

Julai :

Menjalani hidup baru..tinggalkan padang..tinggalkan jersey..tinggalkan bola..masuk ke opis..hadap pc..handle issue user..masih tak percaya dh keje di IBM

Ogos :

Dah scan baby..nak pastikan jantina..tp doktor kata dia pemalu..tutup anunye..ikut papa dia laa kot pemalu..haha..tp doktor belek2 gak dr side kiri..kanan..doktor kata high possibility baby boy..sbb nmpk macam ada bebird..kena dtg lg utk kompemkn lagi kemudian

September : 

sekali lagi pergi scan..semakin jelas rupa baby..and doktor kompemkn baby boy..bgtau mak abah dan mertua..mak abah excited tak terkata..cucu sulong diorg..lelaki plak tu..kuat waris dia dr keluarga belah aku..kalo belah wife..dia cucu ketiga tp lelaki sulong..dan rezeki dtg lg..SLK merah aku pulangkan pada abah..sbb aku beli kereta baru..Perodua Alza je pun..tp dh syukur alhamdulillah

Muncul Kembali dan Muncul Jua

jyeah~!!..salam semua..kabare?..aku muncul kembali akhirnya..terasa lamanya tidak menjengah diri di blog sndr..apatah lagi nk jenguk blog kawan2 lama..entry last pun Disember tahun lepas..tup tup dh nak masuk April dh..kejap je masa berlalu..2 bulan lg genap dh setahun umur perkahwinan aku dan isteri

alhamdulillah buat masa ni semuanya ok..kerja baru ok..rumah tangga ok..family2 pun ok..kalo tahun lepas hati berbunga menerima teman hidup..insyaAllah tahun ni plak berdebar menanti penyeri hubungan kami

berita gembira ni aku terima time attend wedding Pian kat Stadium Hang Jebat, Melaka..wife call bgtau hasil ujian sndr tp tak yakin..disebabkn aku tak dpt balik ke Kedah..so aku ckp kat dia utk gi ke klinik utk pemeriksaan lanjut..dan alhamdulillah yg ditunggu selama ni muncul jua..wife disahkan terkena buatan org (aku laa tu)..hahaha

dan kebetulan aku di Melaka..aku pun memberitahu mak berita gembira ni secara berkias..sbb adik aku nk kahwin hujung tahun ni..so aku tanya mak.."Mariam dh tetap tarikh ke mak?"..mak bgtau 7 Dis 2013..so aku kata laa.."rezeki mak laa hujung tahun ni..dpt 2 org baru serentak"..mak yg tgh baring terus duduk..dan keceriaan terpancar di wajah dia..al-maklumlah bakal cucu pertama

tp aku tak bgtau abah lagi sbb abah takde kat rumah time tu..so aku plan dgn mak nak surprise abah..aku pun post kat fb gambar abah terima pingat dr TYT Melaka dgn caption "tahniah kepada abah atas anugerah yg diterima yg bakal membawa gelaran 'Datuk' hujung tahun ni"..ptg tu abah balik kitorg kemas laman rumah, petik rambutan tp tak sembang apa2 pasal tu..smpi laa abah bukak fb dia dan dia terus keluar dr bilik dgn soalan "kenapa tak bgtau kat mak?"..mak terus ketawa n bgtau yg mak dh tau..hehe

keluarga belah mertua of coz tau dh sbb wife aku call diorg..so macam2 laa pesanan yg aku dan wife terima..insyaAllah mak abah n mak ayah..kami akan cuba ikut sedaya upaya pesanan2 tu

skang kandungan dah pun hampir 3 bulan..wife aku muntah2 dan mabuk takleh makan dan bau makanan..aku pun terkena tempias sket kena demam n muntah2 seminggu dah ni..doakan semua yg terbaik utk aku dan family ye?

hingga berjumpa lagi..hujung tahun nnt mayb?..haha..salam~!!!

Aidilfitri 2012

pejam celik pejam celik tinggal lebih kurg seminggu je lagi Ramadhan bersama kita..dan Aidilfitri bakal menjelma..dan pastinya raya tahun nih menjanjikan kelainan bagi aku sbb dh bergelar suami org..kalo dulu ikut dan sendiri je nak beli baju raya ke tak..sebelum nih 4 tahun aku raya pakai baju yang sama..tp tahun nih wife nak sedondon di pagi raya..kalo dulu balik raya redah balik umah sendiri je..kalo lmbt balik terus ke umah atuk..tp skang kena balik awal sket..pastu kena plan malam ni tido kmpg mana..malam esok tido kampung mana..ni pun sbb umah dekat tak smpi 30 minit..so kena jaga hati dua2 pihak..kalo satu kampung Melaka satu kampung Kedah takde pening nak ulang alik..just gaduh turn kampung mana laa tahun nih kn

tema tahun nih?..plan asalnya nak kaler purple..tp time wife aku jln2 dia terberkenan plak ngan baju kurung kaler hijau pucuk pisang..so secara automatiknya tema purple ditunda ke tahun depan..dia dh selamat beli baju raya dia..aku je nak tunggu balik Melaka nnt baru nak beli..malas nk redah Jalan TAR semata-mata nk beli baju melayu sepasang je..cukup laa tahun2 lepas buang masa kat sana..bukan ada apa sgt pun..just ikut trend konon shopping kat Jalan TAR

dan tahun nih tak raya kat umah atuk kat Pantai Puteri..tak dpt laa wife aku rasa raya kat sana..syok wo raya kat kampung atuk..malam raya kompem perang mercun kat sana..abes segala jenis mercun dibakar..thunder clap laa, thunder king laa..tp tak merasa laa suasana tu tahun nih..sbb sejak2 atuk sakit Jun lepas, dia duk ngan mak aku kat Selandar..so adik beradik mak dh discuss n mintak permission mak nak raya umah kitorg..mak ok je, atuk pun on..belah abah pun tak jauh..sebelah rumah je..so tahun nih jumpa dua2 family serentak

tp raya tu raya gak..jangan lupa control makan minum (pesanan utk diri sndr gak)..jgn sbb dah boleh mkn mcm biasa..sodok segala makanan smpi senak perut..ingat2 laa org lain yg hanya beraya dgn air kosong dan bubur je..takde ketupat rendang mcm kita (pengalaman raya kat hospital tahun lepas)..pada anak2 buah aku dan adik2 plak..jangan duk melangut depan tv je..tau laa pagi raya rancangan best2..tp bawak2 menziarah sedara mara..time nih laa nk kenal2, nk rapat2 dgn sedara mara

n last sekali..aku dan isteri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin utk semua :)

kad raya utk geng Blogger

Lelaki Period?

jarang kn dengar lelaki period?..sbb fenomena nih jarang2 berlaku..tp effect dia lebih dr perempuan..dan selalunya tempohnya lg lama dr perempuan..kalo korg nk tau simptom2 nye..masalah kemurungan, keletihan di siang hari, meracau/menjerit di tgh malam, menjadi lebih boros, tak selesa duduk di rumah dan sering mengidam makanan mamak


kalo bf/tunang/suami korg mengalami tanda2 mcm nih..jgn risau dan jgn terlalu takut..ini adalah cara2 untuk menghadapi situasi ni:


  1. jangan halang/membebel jika bf/suami ingin keluar malam
  2. jangan ajak mereka melakukan aktiviti seperti tgk wayang midnight/shopping kat uptown
  3. jangan marah2 sekiranya mereka lebih byk tido siang
  4. jika anda lihat mereka terjaga di tgh malam, cepat2 bancuhkn kopi kapal api
  5. lebih molek jika anda teman mereka
  6. dan yang paling penting, JANGAN USIK REMOTE TV/ASTRO utk tukar channel lain
ini kerana lelaki selalunya emo mcm org period time Euro, World Cup dan Champions League..lg2 kalo team feveret diorg kuar awal mcm Russia dan Holland :p

Bab Baru Kehidupan

Alhamdulillah..diam tak diam dah 2 minggu aku tukar status single ke double..setelah perkenalan di awal 2001di SMKT Bukit Piatu (satu kelas)..main2 surat sket..bg coklat sket..haha..tup tup dia dah sah bergelar isteri aku..mcm2 kitorg dh hadap sepanjang 10 tahun perkenalan..dh terpisah dh pun tp kuasa Allah..jodoh kuat kot :D


selepas majlis akad nikah


2 Jun 2012 jam 10 pagi..bertempat di Taman Merbok, Bukit Katil..dengan sekali hembus(lafaz) je..berubah sudah status kami..nervous?..takyah ckp laa..baper kali makcik2 aku bg signal suruh senyum..tp takkan nk sentiasa senyum je time ngadap tok imam..kang org kata weng plak kn?..haha..majlis berlangsung sederhana namun meriah dgn kehadiran jemputan terutama kawan2 kami..oleh sbb kitorg berarak dan bersanding awal..so byk gak laa masa utk entertain tetamu yg dtg..ptg keluar wat outdoor jap kat Taman Seribu Bunga..tp rupanya ada laa dlm 12-13 couple yg tgh wat photoshoot gak..terpaksa que tunggu turn..malam plak just bergambar ngan baju2 persalinan yg ada..lepas amik2 gambar aku terus balik ke Bkt Sedanan sbb ada kenduri mlm tu..drive sndr tau


 my family


my new family
3 Jun pagi siap2 gi balik ke Bukit Katil utk bawak keluarga isteri bertandang ke rumah aku..mana nk tgk pengantin drive?..selalu pengantin yg duk belakang :p majlis kat rumah aku pun berlangsung sederhana tapi meriah..dgn karaoke lagu2 asli nye lg..mmg terasa suasana kenduri kawin dulu2..ramai gak kawan2 MMU yg dtg..sempat gak aku karok barang selagu dua..tp lepas semua tetamu balik..terus kena salin baju biasa utk sental periuk..huhu..dlm sental2 periuk tu..sepupu2 ngan bapak2 n mak2 sedara main jirus2 air..tuh mmg style family aku..bini aku tak terkecuali kena air bontot periuk, air bilas pinggan kotor..tp tuh yg buat meriah


pengantin kena gosok periuk


lepas settle semua..plan nk bercuti kat Kedah..nak gi Langkawi, Padang Besar etc..tp keadaan atuk yang kritikal di ICU Hospital Melaka menyebabkan kitorg terpaksa tunda plan tu buat seketika..so abeskn waktu cuti kat Melaka je laa


apapun..semua yg dirancang dah selamat dijalankan..byk pesanan2 mak abah n mak ayah yg kitorg dpt..abah kata semua benda bwk bincang.."kalo dulu singgit mkn sorg..skang singgit mkn berdua".."isteri masak kalo tak sedap jgn komplen..kalo tak sedap mkn sket..kalo sedap mkn byk"..hehe..thanx pada kawan2 yg hadir, yg bg hadiah dan yg wish kat fb, twitter dan lain2 saluran yg ada


antara kawan2 yg dtg :)



Wordless Wednesday #13

 Assalamualaikum :)

"Clouds come floating into my life, no longer to carry rain or usher storm, but to add color to my sunset sky."

MEX Highway

Taman Tasik Shah Alam

RRIM Sungai Buloh

Putra Perdana

MMU Cyberjaya

MMU Cyberjaya

Taman Tasik Cyberjaya

Menghitung Hari

hari makin lama makin dekat..kalo dl kata lama nye bertunang smpi setahun lebih..tup tup tinggal 24 hari je lg..buat masa ni persiapan alhamdulillah..cuma takut ada benda2 kecik terlepas pandang..kena buat list nih..tp dlm menanti hari..tugas tetap tugas..minggu ni akan ke Batu Pahat dan lepas tu akan ke Sabah plak (seminggu sebelum majlis)..balik dr Sabah terus bercuti panjang..3 minggu off..harap keje still berjalan walau aku cuti..moga dipermudahkn segala :)


*hati tak sabar tp dlm masa sama berdebar..cuak wo

Surprise~!!!..Terkejut Ke?

hehe..semalam akhirnya aku create event utk invite semua rakan2, cikgu2, staf2 yg aku knal..event apa?..Majlis Perkahwinan Firdaus dan Fadzillah..respond yg aku terima mostly terkejut.."cool giler fid..senyap2 tau2 nk kawin dh".."wah ko fid..dalam diam2 zasss jugak ye?"..lebih kurg gitu laa reaksi kwn2..sengaja aku tak hebahkn awal2..sbb benda nih kita merancang..kot ada aral melintang..tetiba tukar tarikh ke apa ke kn?..tp bila tinggal lg sebulan..aku rasa waktu yg sesuai sgt utk jemput mereka yg berkenaan

ramai yg tak caya sbb selama nih aku duk kat Cyberjaya..diorg just nmpk aku sibuk dgn bola sepak MMU..bz ngan bisnes yg kadang2 ok kadang2 tak..adakalanya bz ngan event2 ke sana sini..tak pernah lak diorg nmpk aku berkepit 16 jam sehari (8 jam lg selalunya aku tido)..takde lak diorg jumpa aku berdua tgk wayang terkini di Alamanda..kalo ada pun dgn si Aizal je laa..tup tup nak kawin dh..hehe..kat blog pun aku takde tulis sgt pasal si dia..bak kata Ustaz Don..pertunangan tak perlu dihebohkan :D

dh setahun setengah sbnrnya aku bertunang dgn pilihan hati..perkenalan pada 22 Feb 2001 alhamdulillah ke bab seterusnya..dh mcm2 kitorg hadap..terus terang kitorg pernah putus..agak lama gak laa..2 tahun..dan masing2 pernah mengenali org lain..tp kuasa Tuhan tu Maha Besar..kalo itu yg tertulis..maka itu laa yg terjadi..pertemuan semula memberi ruang utk kitorg mencuba sekali lg dan akhirnya..dgn restu kedua-dua keluarga..insyaAllah 2 Jun akan menjadi tarikh yg menyatukan kitorg

jadi kat sini aku nk jemput plak laa rakan2 blogger aku..kot ada yg berkesempatan..boleh laa singgah2 di majlis aku nnt..tarikh kat umah aku 3 Jun 2012 (Ahad)..harap korg2 semua dapat doakan yg terbaik utk aku dan pasangan pada majlis dan seterusnya insyaAllah




kad jemputan yg simple :D

Amaran Tsunami

td ptg aku di Hentian Puduraya hantar si dia nak balik..bas kol 6 ptg..smpi Pudu lebih kurg kol 4.30 ptg..so decide laa nk gi isi perut dl kat food court tingkat 4..aku order nasi goreng cili padi n dia order bakso..tgh sedap makan tetiba aku rasa cam meja bergoyang..aku berhenti menyuap makanan..si dia tanya kenapa..n then jadi lagi sekali..dia pun rasa..dia kata sbb tren yg lalu sblh Pudu kot..sbb org lain mcm rileks je..makcik2 yg berniaga mcm tak rasa apa2 pun..tp gegaran tu still ada smpi aku rasa pening sket..cepat2 aku suh si dia abeskn makanan then terus bayar then turun ke platform..kat tingkat bwh pun org semua cam rileks je..so takpe laa kot

lepas dia dh naik bas..aku pun gerak laa balik ke rumah..seminggu tinggalkn umah Puchong..then terus on pc utk cari berita kot2 ada gempa bumi..rupanya mmg btol..gempa bumi 8.7 skala Richter berlaku berhampiran Acheh..amaran Tsunami turut dikeluarkan bagi tindakan berjaga-jaga..byk gambar2 kuar kat Facebook tentang keadaan di bumi Acheh..aku harap mereka buat persediaan awal utk berpindah jauh dr kawasan pantai..tak nak berulang lg mcm tsunami dl yg mengorbankan ribuan nyawa

Amaran Ketibaan Tsunami di Negara Berkaitan

p/s: moga Allah melindungi seluruh umatNya daripada bencana ini..berdoa utk rakyat Acheh, Malaysia dan negara2 yang terlibat

Wordless Wednesday #12

Rabu dtg lg..masa utk sesi gambar2 pilihan..gambar pilihan minggu ini?..datang dari Sabah bah :D







insyaAllah akan ke sana lagi :D

Zoom Sabah

tajuk mcm nama Rancangan TV 1..hehe..tp sbnrnya kisah perjalanan 2 dalam 1 ke negeri di bawah bayu..apa yg 2 dlm 1?..pergi utk jalan2 dan juga perlawanan bola sepak dgn UMS..bertolak dr Cyberjaya hari Rabu (14 Mac)..flight kol 9.25 malam..smpi di Terminal 2 Kota Kinabalu lebih kurg kol 12 tgh mlm..so tunggu bas dr UMS amik kitorg dan hantar ke kawasan kediaman UMS di Kingfisher..lepas dh smpi masuk laa umah yg sgt luas..pilih bilik mana nk duduk..aku sebilik ngan Mazwan, Afiq n Pak Ku..rumah siap air-cond segala..mmg puas hati..tp perut dh mula berbunyi..tmpt org..pukul 1 lebih nak dkt kol 2 pagi..dgn tatau arah tuju..kebetulan lak ada pekerja bandaraya tgh kutip sampah naik lori..tanya laa kat diorg..dh dpt arah nye..menapak laa ramai2 gi kedai mamak Razzaalli kat Kingfisher Plaza..lepak smpi kol 6 pagi sbb tgk Chelsea vs Napolli..pagi tu dpt laa tgk matahari pertama terbit kat Sabah..time tuh kol 6.30 am..balik umah penginapan terus tido sbb pagi tu katanya nak jalan2 bandar KK

matahari pertama di Sabah

bgn balik kol 9 pagi..siap2 then terus tunggu bas UMS dtg amik n hantar kitorg ke Kota Kinabalu..smpi2 je terus menuju ke Pasar Kraftangan atau org panggil Pasar Filipina..mmg aku nk ke sini sbb mak dh order kain batik corak Sabah awal2 lagi :p lepas dh beli apa yg mak pesan..ronda2 tgk tmpt lain..pegi ke Centre Point, then layan minum air kelapa..kol 3.30 ptg bas dtg amik balik ke Kingfisher..ptg tu tido puas2 smpi malam..bgn kol 10 malam jalan kaki lg gi dinner..pun kat kedai yg sama..ingat nk tunggu kol 2 pagi tgk Man Utd vs Athletic Bilbao..tp malas lak nk duk lama2..balik umah dl pastu kuar lg sekali tgk bola


Pasar Filipina

Jumaat pagi tu takde apa nk buat..ada budak2 yg awal pagi dh naik bas kuar gi town..kami berempat dlm bilik tatau nk wat apa..so tido je laa..bgn pun gi lunch..then ptg tu ke UMS utk training..balik dr training siap2 mandi then kuar dinner lak..malam tu tido awal sbb esoknya hari game

Sabtu pagi ingat nk cabut jap gi town..sekali terlepas bas plak..nk tunggu next bas lmbt..takut tak sempat lak balik sblm tghr sbb game kat UMS awal..almaklum laa..peredaran masa tak sama ngan semenanjung..so gi lunch je..tp sambil2 tuh try cari contact keta sewa..dgn bantuan kawan di KK dapat gak sewa keta hari tu..janji nk amik lepas game ptg tu..sewa setengah hari smpi esok pagi nye..ptg tuh game lawan UMS..diorg dh leading 2-0 tp kitorg dpt comeback utk seri 2-2..sbbkn coach puas hati..dia janji nk payung dinner malam tu..so diorg gerak ke Anjung Selera Tanjung Lipat naik bas..aku gi amik keta sewa then terus ke situ..makan siakap sweet sour dgn ikan apa ntah sekor lg..mmg kenyang..pastu yg lain gerak balik..kitorg plak kuar ke Tanjung Aru utk jalan2..smpi sana mcm takde apa je..minum air kelapa pastu gerak balik..smpi umah terus lelap sbb ada plan besar awal pagi Ahad :D

Siakap Sweet & Sour

lepak minum kat Tanjung Aru

bangun kol 4 pagi terus siap2..nak ke mana?..nk redah jalan gelap nk ke Kundasang..gi pun 2 keta je..mula2 ikut direction Papago..sekali dia bwk masuk ke hutan mana ntah..nasib tak ke gaung..kuar balik then tanya org..baru laa dpt laluan yg btol..mencabar giler memandu ke Kundasang..jalan uphill dan berliku-liku..2 jam driving smpi laa kitorg kat Kinabalu Park..puas hati sbb mmg dh lama nk tgk Gunung Kinabalu dpn mata..akhirnya tercapai gak impian


Gunung Kinabalu menunjukkan diri @ 6.25 am

bukti sampai kat Kinabalu Park..sejuk wei

ahli trip ke Kundasang

lepas dh puas bergambar..sarapan kat kedai dpn Kinabalu Park..then gi ke Pekan Kundasang utk isi minyak..dlm kol 8 pagi kitorg gerak balik ke Kingfisher..takleh lama sbb bas gerak ke airport kol 11 pagi..smpi area Kingfisher kol 9.45 pg..so decide nk ke town KK jap gi beli sket brg utk si dia dan kwn2..smpi sana pun tak sempat nk pilih..capai apa yg nmpk je..then rushing gi hantar keta kat owner dia..pastu owner tuh yg hantar kitorg balik ke Kingfisher..packing2 brg terus naik bas ke airport

puas hati dgn trip kali nih..walaupun pada awalnya rasa frust sbb takde transport nk ke sana sini..insyaAllah kalo ada rezeki akan ke sana lg..thanx kat Tini, Lud yg bg no contact keta sewa..tq gak kat Haris yg sewakn keta kat kitorg :D

pink is the new black @ Stadium UMS

Wordless Wednesday #11

sekali sekala pulang ke Melaka..layan telatah si montel ni..terhibur gak hati..lupa kesibukan di tmpt kerja :D

Pagi Hujung Minggu

awal plak celik mata pagi Ahad ni..kalo hari biasa punya laa liat nk bgn..mcm letak gam uhu kat mata sebelum tido..ikut plan konon pagi nih nk merendamkan kaki kat kolam air panas area Selayang..tp dh dua org je yang nak pegi..terus cancel

bangun awal2 nih..terus call kejutkn org yg bekerja..pastu baju n seluar yg dh lipat mlm td dipilih utk dimasukkan dlm 2 beg..satu beg utk baju2 rasmi dan satu lg beg utk baju santai2, baju tido, seluar pendek dll..sbb hari ni nk berkampung di dalam MMU..training pusat utk MMU FC..sbg pegawai pasukan byk benda perlu diuruskan..lg plak minggu ni 3 game nk hadap

hari nih player2 dr Melaka akan smpi..then ptg ada training kat stadium..esok game lwn UiTM (neves giler)..selasa light training..Rabu lwn UMS kat pdg kitorg..then Khamis ptg rehat sbb Khamis malam nk gerak ke Kelantan..25 game lawan Poli KB lak..harap2 player semua dpt rehat yg cukup nk hadap 3 game nih

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum


senja di Cyberjaya..hujan dalam kepanasan..berenti tepi jalan n snap dr dlm keta :D