Aku masih terdiam di situ
Tidak bersuara
Apatah lagi membalas kata
Kerna ku tahu diam itu lebih indah
Dari sengketa yang berpanjangan
Aku diam bukan bererti aku kalah
Aku diam bukan bererti aku berundur
Aku diam bukan bererti aku bersalah
Tetapi
Aku diam...untuk berfikir sejenak
Aku diam...untuk bertafakur
Berittilak
Aku diam..supaya dapat ku persiapkan strategi
Lantas...
Ternyata diamku punya banyak makna
Diamku...membekukan segala api kemarahan
Melenyapkan dendam kesumat
Memintal mati tali permusuhan
Membenam rasa keinsafan
Menyelit rasa kemaafan
Biar mereka fikir aku seakan tewas dalam panahan hujah mereka
Tapi ternyata aku menang
Menang di jiwa di minda
Memerangi diri sendiri
Dari nafsu amarah
Kerna aku percaya
Diam itu ada indahnya
7 comments:
kadang² diam itu lagi ada baiknya ;)
Diam itu membawa seribu makna yang hanya boleh dirungkai oleh diri sendiri sahaja :) heee
wahhh besh2 buat sendirik ea?? suka yg Aku diam bukan bererti aku kalah
Aku diam bukan bererti aku berundur
Aku diam bukan bererti aku bersalah
:)
love this poem..
btw...hepy new year fid...=)
ada bakat....
ske la..:)))
diam lahh...jika itu lebih baik...=P
Post a Comment