Mereka Masih Di Situ

Sejenak aku terfikir
Dari kisah semalam yang suram
Kita di sini duduk berbincang
Kita sepakat mengatur langkah
Bersama merentas laluan berhalang

Namun aku lihat
Mereka alpa dengan kemenangan silam
Mereka leka dengan sejarah yang makin suram
Hanya duduk-duduk dengan omong kosong
Maki dan cerca tanpa sebarang tindakan

Dan tatkala kita menjulang anugerah
Ketika nama kita disebut gah
Mereka hanya mampu berbisik sesama sendiri
Dengan sifat iri dan busuk hati
Merendahkan kita tanpa rasa malu
Kononnya mereka yang lebih hebat
Kononnya mereka yang layak dimartabat

Dan nanti
Di saat kita terus ke depan
Ketika kita maju dengan harapan
Apa yang kelihatan
Mereka masih di situ
Berteman omong kosong dan bangga diri
Kononnya mereka tetap nombor satu

aku tulis ni lps tgk 'mereka' masih tak mampu terima kekalahan :p

10 comments:

Fariq Jalil said...

perghh,,mendalam siut,,
kalau garuda baca ni mesti meleleh ayak mata..

YUSRI said...

bukan setakat meleleh lagi...meraung terus..hahaha

Firdaus Jamaludin said...

bukan apa..panas gak hati baca diorg kutuk2 Malaysia..tp sbb aku berakal tak mcm diorg..baik aku luahkan dlm bentuk mcm nih..sambil2 tuh leh tajamkn lg ilmu penulisan..dr maki hamun tak tentu hala kn? :p

fat+ha+ka said...

pergh.. nice nukilan.. ;) so great

M I A J A M A L U D D I N said...

hahhaa.. alolo.. bagus. puitis..

p/s: Mia's hree.. =) hikhik..

Anonymous said...

salam,
kunjungan persaudaraan,
seperti itulah hidup kadang diatas kadang dibawah, tatkala garuda diatas terkadang terlena dengan pujian sesaat, disaat garuda bersiap terbang ada yang terlupa, masih ada harimau yang tengah bangkit, bangkit dari lukanya, namun apapun itu kita tetap bersaudara, saudara se ISLAM, selamat atas pencapaian harimau di aff tahun ini, dari sahabat seberang pengumpulhikmah.blogspot.com, wassalam.

FiesyaaChacha said...

coooool!! :)

adzmarfazami said...

salam fid.. bagus juga kamu berpuitis ya.. :D

airazulaikha said...

like your blog.. heheh

Hidaya Sarbini said...

hai.. nak mintak awk tolong vote saya boleh? ^_^

http://dayasarmila.blogspot.com/2011/01/pencarian-model-sinar-inspirasi-i.html