Macam Biasa..Wish List For Birthday :D

tahun nih nk buat wishlist baru walaupun last year nye tak semua yg dpt..ada yg dpt lepas2 besday..tak kisah laa tuh janji ada..hehe..jenguk sket laa wishlist lama :D



so utk ini tahun..aku ada tempoh mulai 8 Okt 2010 smpi 7 Oktober 2011 utk try dapatkn barang2 dlm wishlist nih

 Akustik Gitar

LCD Monitor

 Samsung Galaxy S

Nikon D5000

Perginya Seorang Seniman (Al-Fatihah untuk M. Rajoli)

malam tadi negara digemparkan dgn pemergian seorang insan seni terkenal, M. Rajoli akibat penyakit yang ditanggung olehnya sekian lama..beliau seorg pelakon yang serba boleh..adakala beliau melakonkan watak seorang ustaz, pelawak, atuk rugged bermotor besar dan byk lagi..sejak beliau terlantar sakit, industri seni kita sedikit sunyi dgn telatah lakonan beliau

namun sedikit rasa terkilan dgn info2 yg disebarkan melalui fb dan twitter yang mengatakan beliau telah meninggal dunia 'ptg' semalam..lebih awal dr waktu kematian yg sebenar..mengapa perlu benda mcm nih berlaku?..adakah mereka mendoakan agar beliau cepat pergi?..atau org yg memulakan cerita ada 'ilmu' yang tinggi yg boleh membaca waktu kematian seseorang?..benda yg sama turut berlaku kepada arwah Din Beramboi dahulu apabila desas desus beliau telah pulang ke Rahmatullah tersebar sehari sebelum hari pemergiannya..jd pd rakan2 blogger..jgn kerana ingin menjadi pihak pertama yang menyebarkan berita tergempar..korg tak siasat dulu asal usul dan kesahihan cerita

berbalik kepada arwah M. Rajoli..aku secara peribadi sgt meminati lakonan2 beliau..pernah sekali terserempak dgn beliau di kawasan Kampung Baru dgn motor besarnya..mmg ranggi walaupun pd realitinya beliau seorang yang rajin ke masjid..setiap kali berlakon..beliau akan bawak watak tuh dgn baik sekali..keinginan untuk bersua muka dan mengabadikan kenangan bergambar dgn beliau telah lama ada..namun benda tuh hanya tinggal impian apabila tepat jam 10.45 malam td..beliau yang telah sekian lama mewarnai industri seni tanah air telah pulang bertemu yang Maha Esa

takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Sahabat dan orang2 soleh..Al-Fatihah untuk arwah dari peminat setia dari dulu lagi


moga arwah tenang di sana

sumber sahih dari MyMetro

Khas Untuk Geng2 Blogger

sebulan berlalu sekelip mata..sedar tak sedar tinggal 2 hari lg Ramadhan bakal meninggalkan kita..bulan yg penuh barakah akan pergi..entah kan berjumpa lagi entah kan tidak..setiap org ada cerita masing2 utk Ramadhan kali nih..ada yang berazam nak turun berat puasa kali nih (harap2 tercapai :p)..ada yang pertama kali beraya di perantauan..tidak kira apa pun..Syawal adalah hari kemenangan..hari untuk kita sesama Muslim utk ziarah-menziarahi, bermaafan sesama sendiri..masa untuk anak2 perantau pulang ke pangkuan ayah bonda

so di kesempatan nih..aku nk ucap terima kasih byk2 pada semua yg jadi follower Hanya Secebis Nukilan..tak lupa pada mereka2 yang singgah membaca entry, tinggalkn komen, blogwalking atau sekadar menjenguk..dgn sokongan korg semua aku masih berblogging..jadi pada mereka2 yang akan pulang ke kampung..moga selamat tiba ke pangkuan insan tersayang..aku mintak maaf sekiranya ada entry2 aku yg buat sape2 terasa..kalo ada yg tak puas hati..kalo ada terkasar bahasa, tersindir, tergurau dll

aku akan pulang ke kampung esok pagi..jadi doakan aku selamat smpi ke kampung ye?..moga raya kali nih penuh ceria untuk semua geng2 blogger..salam lebaran..Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin :D

Kad Raya Buat Semua

Lembaran Baru