Seantero

agak lama tak jenguk blog sendiri..last entry sblm nih on 28 Feb..nih dh 13 Mac..lama gak terbiar..dan dalam tempoh yg lama tuh..macam2 benda jadi..ermm..susun satu2 jap..1st aku register sbg pegawai pasukan utk team bola sepak MMU..so insyaAllah akan travel ngan diorg utk Liga IPT 2011..tp terlepas peluang ikut ke Sarawak sbb lmbt register

then team feveret aku..Barcelona yg tewas pada Arsenal di Emirates pada perlawanan pertama, menang 3-1 di Nou Camp..game yg sgt mendebarkan sbb mcm2 boleh jadi..walaupun Barca leading 3-1 time tuh..aku still nervous takut kalo Arsenal score sebijik lg..automatik diorg yg masuk next round atas kelebihan jaringan away

lepas tuh team Malaysia pulak berjaya mengekang Pakistan di tempat lawan..dan layak ke pusingan seterusnya dgn bekalan 2 gol ketika di Malaysia..nampak gaya pasukan negara semakin mendapat sokongan rakyat Malaysia..kalo dulu dgr team Malaysia lawan..semua mcm endah tak endah je..tp skang kalo tau Malaysia main..semua dh terpacak dpn tv..walaupun hari tuh takde live dari Lahore akibat masalah teknikal..nasib Encik Dess Dahasry sanggup update entry dia setiap 5 minit..siap terima laporan sms terus dari Dato' Anwar Adnan

kemudian dunia digemparkan dgn berita gempa bumi 8.9 skala Richter dan tsunami yang melanda Jepun..dikhabarkan itu adalah gempa paling buruk pernah berlaku dalam 140 tahun..diikuti dengan beberapa gegaran susulan dgn kekuatan 6.0 skala Richter ke atas..almost 1000 org terkorban dan ribuan yang lain cedera dan hilang tmpt tinggal akibat dihanyutkan arus deras..beberapa negara berhampiran turut terkena tempias nye..dan dilaporkan juga bahawa rakyat Malaysia yang berada di sana selamat

rasanya tu je kot yg jadi sepanjang tempoh aku berhibernasi nih..next entry?..ntah laa..tunggu laa nnt :p

erk..adakah Nina selamat?..pray for her dan semua rakyat Jepun