Ramadhan Tiba Lagi

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik..Ramadhan dtg lg..mcm baru je gi Jalan Tar utk shopping raya dgn Aizal, Kafy n Ira dl..tau2 dh puasa balik..kalo sblm nih puasa kat hostel..senang nk turun sahur kat bwh je..tp skang dh duk umah sewa..tatau laa nk masak or nak makan luar

sekadar nk ucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua rakan2 blogger..semoga dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna..kurangkan mana yg tak elok..lebihkan mana yg elok..semoga puasa tahun nih lebih berkat dari yang sebelumnya :D

Bola dan Bola Lagi

pasukan Malaysia telah pun seri dalam perlawanan kedua menentang Singapura namun tewas agregat..ternyata niat pemain2 Malaysia yg ingin bermain bersungguh-sungguh dinafikan oleh pasukan lawan yg hanya berniat utk melewat-lewatkan perlawanan..terlalu byk sandiwara dan lakonan sejak wisel permulaan perlawanan dibunyikan..namun begitu perjalanan masih jauh..byk lg yg boleh diperkemaskan oleh pihak pengurusan pasukan

stadium yang penuh dgn penyokong Malaysia

selain itu berlangsung juga Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan dgn Sabah menjadi juara selepas menundukkan PDRM dgn 1-0 hasil jaringan cantik oleh pemain no 12 mereka, Sihaya Ajad..liga yg bertujuan utk membentuk dan menaikkan semula bola sepak wanita ini berlangsung hampir seminggu dgn kesemua perlawanan berlangsung di Universiti Malaya kecuali perlawanan akhir yg dijalankan di Kompleks Sukan PKNS

selepas Aidilfitri pula..skuad Olimpik negara bakal berdepan misi penting di mana mereka bakal berdepan dgn pasukan besar seperti Jepun, Syria dan Bahrain..perlawanan pertama menentang Jepun yang akan berlangsung di tempat lawan dijadualkan pada 21 Sept 2011..kelibat Muslim Ahmad, Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq dan Gurusamy akan memperkuatkan lg barisan sedia ada apabila mereka kembali bersama skuad Olimpik (Harimau Muda)

biarpun kita tewas..kita tewas bermain bola..lebih elok daripada menang bersandiwara..kita akan saksikan "pasukan itu" dibelasah gergasi Asia di pusingan seterusnya..namun bagi penyokong Harimau Malaya..jgn berhenti menyokong pasukan negara..kerana kita adalah pemain ke-12 pasukan :)

Sokongan Tak Berbelah Bahagi

masanya hampir tiba..setelah diratah di kandang Singa..Sang Harimau bangkit dr lena..ngauman bakal memecah kebuntuan malam..stadium keramat akan bergema..musuh tradisi bakal berdepan dgn 12 org pemain dr Harimau Malaya..85, 000 penyokong akan memberi sokongan habis-habisan..ribuan peminat yang mempunyai satu matlamat sama..mahukan Malaysia menewaskan Singapura di gelanggang sndr..kekalahan lepas bukan utk ditangisi atau dikesali lg..tp sbg pengajaran dan pedoman utk memperkemaskan lg permainan hari ini

ayuh Harimau Malaya..buktikan kepada para peminat..pasukan Malaysia bukan hanya gah pada nama dan lambang sang belang..kita pernah lakukan sblm ini..tidak mustahil kita mampu melakukan sekali lg..



selamat berjuang Harimau Malaya..sokongan kami para penyokong tidak berbelah bahagi~!!!

p/s: tlg jgn bawak laser ke stadium..Singapura boleh menang percuma kalo refferee menghentikan perlawanan akibat gangguan laser