Muncul Kembali dan Muncul Jua

jyeah~!!..salam semua..kabare?..aku muncul kembali akhirnya..terasa lamanya tidak menjengah diri di blog sndr..apatah lagi nk jenguk blog kawan2 lama..entry last pun Disember tahun lepas..tup tup dh nak masuk April dh..kejap je masa berlalu..2 bulan lg genap dh setahun umur perkahwinan aku dan isteri

alhamdulillah buat masa ni semuanya ok..kerja baru ok..rumah tangga ok..family2 pun ok..kalo tahun lepas hati berbunga menerima teman hidup..insyaAllah tahun ni plak berdebar menanti penyeri hubungan kami

berita gembira ni aku terima time attend wedding Pian kat Stadium Hang Jebat, Melaka..wife call bgtau hasil ujian sndr tp tak yakin..disebabkn aku tak dpt balik ke Kedah..so aku ckp kat dia utk gi ke klinik utk pemeriksaan lanjut..dan alhamdulillah yg ditunggu selama ni muncul jua..wife disahkan terkena buatan org (aku laa tu)..hahaha

dan kebetulan aku di Melaka..aku pun memberitahu mak berita gembira ni secara berkias..sbb adik aku nk kahwin hujung tahun ni..so aku tanya mak.."Mariam dh tetap tarikh ke mak?"..mak bgtau 7 Dis 2013..so aku kata laa.."rezeki mak laa hujung tahun ni..dpt 2 org baru serentak"..mak yg tgh baring terus duduk..dan keceriaan terpancar di wajah dia..al-maklumlah bakal cucu pertama

tp aku tak bgtau abah lagi sbb abah takde kat rumah time tu..so aku plan dgn mak nak surprise abah..aku pun post kat fb gambar abah terima pingat dr TYT Melaka dgn caption "tahniah kepada abah atas anugerah yg diterima yg bakal membawa gelaran 'Datuk' hujung tahun ni"..ptg tu abah balik kitorg kemas laman rumah, petik rambutan tp tak sembang apa2 pasal tu..smpi laa abah bukak fb dia dan dia terus keluar dr bilik dgn soalan "kenapa tak bgtau kat mak?"..mak terus ketawa n bgtau yg mak dh tau..hehe

keluarga belah mertua of coz tau dh sbb wife aku call diorg..so macam2 laa pesanan yg aku dan wife terima..insyaAllah mak abah n mak ayah..kami akan cuba ikut sedaya upaya pesanan2 tu

skang kandungan dah pun hampir 3 bulan..wife aku muntah2 dan mabuk takleh makan dan bau makanan..aku pun terkena tempias sket kena demam n muntah2 seminggu dah ni..doakan semua yg terbaik utk aku dan family ye?

hingga berjumpa lagi..hujung tahun nnt mayb?..haha..salam~!!!