Kejadian Misteri Di Wad ICU

satu kejadian misteri berlaku di salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta..kejadian ini kerap kali berlaku mengakibatkan para doktor dan nurse tertanya-tanya..setiap pesakit yang ditempatkan di sebuah katil no 17 pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka..perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik..setelah perbincangan dibuat dengan pihak kementerian serta mendapatkan pandangan orang-orang cerdik pandai lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut

pada hari biasa tiada apa yang berlaku dan tiada seorang pun pesakit yang meninggal dunia..doktor dan jururawat bergilir-gilir memantau rakaman CCTV bagi mencari punca berlakunya kejadian misteri tersebut..pagi jumaat pertama tiba (selepas CCTV dipasang)..tetapi tiada apa yang berlaku dan tiada kematian dicatatkan hari itu..mula timbul desas-desus penglibatan makhlus halus yang menjadi punca kejadian tersebut..ada yang bergurau kononnya makhluk tersebut segan bila ada CCTV..doktor membuat kesimpulan semua itu hanya satu kebetulan dan bukan satu kejadian misteri

namun setelah mereka tidak memantau rakaman CCTV tersebut..kejadian itu berulang lagi pada pagi jumaat kedua..jururawat mula tidak berani untuk shift malam..lebih-lebih lagi ketika pemeriksaan rutin 3 jam sekali pada waktu tengah malam atau awal pagi..akhirnya doktor-doktor nekad untuk berjaga mulai hari khamis menjelang jumaat ketiga..mereka yakin dia akan mendapat jawapan pada persoalan misteri itu..hari yang di tunggu-tunggu pun tiba..pada hari jumaat ketiga semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut..tepat jam 7 pagi pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa

Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan ahad..mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat..seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma..lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vacuum cleanernya..minggu pertama tiada kematian kerana Makcik Halimah Jongang cuti sakit :p

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum semua :p










gambar berbeza menceritakan kisah yg sama :D