Profil Pemain

nama Nazmi Faiz Mansor secara tiba-tiba menjadi topik perbualan..anak muda berumur 17 tahun berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan pemain paling muda untuk pasukan Harimau Muda..pada mulanya dia hanya mewakili pasukan kebangsaan bawah 19 tahun yang beraksi dalam kejohanan di Vietnam..namun jurulatih muda negara, Ong Kim Swee membuat percaturan besar dgn memanggil Nazmi Faiz utk menyertai kejohanan Sukan Sea ke-26 yang berlangsung di Indonesia

keputusan Nazmi utk menangguhkan seketika peperiksaan besar SPM berbaloi apabila aksinya bukan sahaja berjaya menambat hati Ong Kim Swee dan para penyokong..malah namanya turut disebut oleh pasukan2 lain yang bertanding sebagai seorang pemain yang perlu diberi perhatian..para peminat bola sepak mula memberi gelaran seperti Kaka Malaysia, The New Xavi dan lain2

dgn teknik kawalan bola yang kemas, first touch yang baik, quick decision, hantaran "through pass" yang baik..Nazmi dikatakan satu prospect yang baik..beraksi dgn pasukan Harimau Muda B dalam Liga Perdana Malaysia, beliau menunjukkan kematangan melampaui umurnya



diharapkan ada beberapa lagi pemain muda berbakat seperti Nazmi akan muncul bagi memantapkan lagi pasukan negara..kita masih ketandusan penyerang muda berbakat sebagai peledak jaringan2 penting dalam kejohanan..kepada pihak pengurusan pasukan kebangsaan..diharapkan dapat diikhtiarkan agar Nazmi dapat dihantar bermain dgn pasukan luar dan hanya dipanggil pulang untuk aksi bersama pasukan negara

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum :)


sajer nak post gambar nih :D