Kredit photo : www.bbc.com
Beberapa produk Facebook mengalami gangguan, yang memberi kesan kepada jutaan pengguna di seluruh dunia.
Produk utama Facebook, perkhidmatan Messenger, laman perkongsian imej Instagram dan aplikasi pesanan WhatsApp semuanya terganggu.
Punca gangguan itu belum diketahui, atau belum dimaklumkan kepada umum.
"Kami sedar bahawa sesetengah orang sedang menghadapi masalah mengakses keluarga aplikasi Facebook," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
"Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."
Syarikat itu berkata, gangguan itu bukan hasil daripada serangan Distributed Denial of Service, yang dikenali sebagai DDoS - sejenis serangan siber yang melibatkan sasaran aplikasi dengan jumlah trafik yang sangat tinggi.
Walaupun perkhidmatan utama Facebook boleh dibuka, pengguna melaporkan tidak dapat menyiarkan sebarang post baru.
Pengguna di Instagram tidak dapat "refresh feed" atau menghantar post baru. Versi desktop Facebook Messenger tidak boleh load - tetapi aplikasi mudah alih dilihat membenarkan penghantaran beberapa mesej, tetapi pengguna melaporkan gangguan dengan jenis kandungan seperti imej yang tidak boleh dihantar. WhatsApp, aplikasi pemesejan Facebook yang lain, turut mempunyai masalah yang sama.
Sumber berita dari BBC.com