Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum


sekadar berkongsi minat :)


Yang Terlewatkan

title mcm tajuk lagu..apa yg terlewat?..ucapan Tahun Baru 2012..kalo Tahun Baru Cina tu baru je lg..ke'tidakaktif'an aku berblogging menyebabkan blog nih bersawang..kena kemas balik..lap apa yg patut..bg berseri balik..haha

perkembangan terkini?..setelah melalui pengalaman 2 minggu raya 'sakan' tahun lepas..sedikit gusar dlm pemilihan makanan..lagipun sesuatu yg penting bakal menjelma..so kena laa start2 menjaga kesihatan..bak kata Mak Long.."badan besar kalo sihat takpe..tanak sakit2 tu je"

masih lg berlegar di sekitar bumi Cyberjaya..duk kat Putra Perdana lagi..sekali sekala keluar dr kesibukan kota..kota sgt laa Puchong ni kan?..ada laa gi Ulu Yam mandi sungai hari tu..ada plan nk mandi kolam air panas..tp hanya plan nye saje yg letup..hasilnya blom ada lg

oh ye..lepas dari pulih akibat pembedahan..aku menjalani kursus kejurulatihan bola sepak lesen C anjuran AFC/FAM..masih lg menantikan keputusan sama ada lulus atau tak..kalo lulus aku nk memulakan langkah utk cuba berbakti kepada bumi Hang Tuah..mayb nk try masuk MAFA..tp kita merancang dan berusaha

sambil2 tu ada gak usha sana sini utk cari peluang yg lebih baik..nak stabilkan kehidupan laa katakan..mungkin bidang engineering hanyalah apa yang aku belajar..bukan apa yg aku akan lalui dlm tempoh pekerjaan..terpesong dh landasan aku nih..mayb event management or coaching akan menjadi pilihan kalo diizinkanNya :)

yang mana satu jalan untuk aku? :)

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum

senjakala :)

Profil Pemain

nama Nazmi Faiz Mansor secara tiba-tiba menjadi topik perbualan..anak muda berumur 17 tahun berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan pemain paling muda untuk pasukan Harimau Muda..pada mulanya dia hanya mewakili pasukan kebangsaan bawah 19 tahun yang beraksi dalam kejohanan di Vietnam..namun jurulatih muda negara, Ong Kim Swee membuat percaturan besar dgn memanggil Nazmi Faiz utk menyertai kejohanan Sukan Sea ke-26 yang berlangsung di Indonesia

keputusan Nazmi utk menangguhkan seketika peperiksaan besar SPM berbaloi apabila aksinya bukan sahaja berjaya menambat hati Ong Kim Swee dan para penyokong..malah namanya turut disebut oleh pasukan2 lain yang bertanding sebagai seorang pemain yang perlu diberi perhatian..para peminat bola sepak mula memberi gelaran seperti Kaka Malaysia, The New Xavi dan lain2

dgn teknik kawalan bola yang kemas, first touch yang baik, quick decision, hantaran "through pass" yang baik..Nazmi dikatakan satu prospect yang baik..beraksi dgn pasukan Harimau Muda B dalam Liga Perdana Malaysia, beliau menunjukkan kematangan melampaui umurnya



diharapkan ada beberapa lagi pemain muda berbakat seperti Nazmi akan muncul bagi memantapkan lagi pasukan negara..kita masih ketandusan penyerang muda berbakat sebagai peledak jaringan2 penting dalam kejohanan..kepada pihak pengurusan pasukan kebangsaan..diharapkan dapat diikhtiarkan agar Nazmi dapat dihantar bermain dgn pasukan luar dan hanya dipanggil pulang untuk aksi bersama pasukan negara

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum :)


sajer nak post gambar nih :D