Perginya Seorang Seniman (Al-Fatihah untuk M. Rajoli)

malam tadi negara digemparkan dgn pemergian seorang insan seni terkenal, M. Rajoli akibat penyakit yang ditanggung olehnya sekian lama..beliau seorg pelakon yang serba boleh..adakala beliau melakonkan watak seorang ustaz, pelawak, atuk rugged bermotor besar dan byk lagi..sejak beliau terlantar sakit, industri seni kita sedikit sunyi dgn telatah lakonan beliau

namun sedikit rasa terkilan dgn info2 yg disebarkan melalui fb dan twitter yang mengatakan beliau telah meninggal dunia 'ptg' semalam..lebih awal dr waktu kematian yg sebenar..mengapa perlu benda mcm nih berlaku?..adakah mereka mendoakan agar beliau cepat pergi?..atau org yg memulakan cerita ada 'ilmu' yang tinggi yg boleh membaca waktu kematian seseorang?..benda yg sama turut berlaku kepada arwah Din Beramboi dahulu apabila desas desus beliau telah pulang ke Rahmatullah tersebar sehari sebelum hari pemergiannya..jd pd rakan2 blogger..jgn kerana ingin menjadi pihak pertama yang menyebarkan berita tergempar..korg tak siasat dulu asal usul dan kesahihan cerita

berbalik kepada arwah M. Rajoli..aku secara peribadi sgt meminati lakonan2 beliau..pernah sekali terserempak dgn beliau di kawasan Kampung Baru dgn motor besarnya..mmg ranggi walaupun pd realitinya beliau seorang yang rajin ke masjid..setiap kali berlakon..beliau akan bawak watak tuh dgn baik sekali..keinginan untuk bersua muka dan mengabadikan kenangan bergambar dgn beliau telah lama ada..namun benda tuh hanya tinggal impian apabila tepat jam 10.45 malam td..beliau yang telah sekian lama mewarnai industri seni tanah air telah pulang bertemu yang Maha Esa

takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Sahabat dan orang2 soleh..Al-Fatihah untuk arwah dari peminat setia dari dulu lagi


moga arwah tenang di sana

sumber sahih dari MyMetro

4 comments:

kechixx said...

Al-Fatihah..

♥ aien aziz said...

al-fatihah..

Zikri Husaini said...

alfatihah dan ucapan takziah... diucapkan...

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

terkejut jugak masa tau berita ni.
al-fatihah!