Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum semua :)

Jepun vs Khairul Fahmi

pasti ramai yg menonton perlawanan antara Khairul Fahmi atau Apek menentang pasukan Jepun td kn?..hanya dua gol sahaja dilepaskn oleh Apek biarpun dia bersendirian menahan asakan bertubi-tubi Jepun..hehe..mungkin ada yg akan bersuara..Jepun ranking 15 dunia..kita ranking 146..mmg jauh beza..tak dinafikan mmg itu menjadi salah satu faktor..tp bukan atas alasan itu para pemain boleh menyerah sebelum bermain

bukan nk kata player lain tak contribute..game td nampak Muslim, Mahali, Gurusamy bersungguh-sungguh bermain..Wan Zack pun mencuba utk melakukan gerakan2 namun tiada support dr rakan pasukan..ke diorg nih seram dgn cerita atuk2 mereka yg melalui zaman Jepun dl?..Jepun pancung kepala org2 kat Tanah Melayu nih :p

yg jelas mempamerkan aksi hambar adalah pertahanan Malaysia di bahagian kiri iaitu Zubir..pakai long sleeve sorg2..gaya dh style abes..mcm best player utk team..tp passing ke mana, win ball takde, throw in pun merapu..nak main mcm Evra naik smpi atas..tp bila Malaysia kena serang dia berjogging je turun ke bawah..kalo korg tgk balik perlawanan tuh..cuba kaji btol2..gol pertama Jepun dr belah kiri Malaysia..2nd gol Jepun player no 11 tuh free kat kiri sblm dia cross ke tgh..nmpk beza defend kiri ngan kanan..bila wing kiri Jepun attack dr kanan Malaysia..laju je Mahali tutup ruang..tp bila serangan dtg dr kiri..senang je player Jepun cross bola

mungkin nervous di tmpt lawan?..kalo gitu buktikan di tempat sndr nnt..ada 2 perlawanan di Bukit Jalil menentang Syria dan Bahrain..kita tgk apa percaturan Ong Kim Swee :) tp apa yg boleh dikatakan..Khairul Fahmi mempamerkan aksi bertaraf dunia..byk save menarik yg dilakukan agar Malaysia tidak di'pancung' sekali lagi oleh Jepun..tak dinafikan jika dia digelar penjaga gol terbaik Asean buat masa nih..takpe Apek..mayb kat Bukit Jalil nnt baru player Malaysia yg lain akan "ada kat padang" bersama-sama :D

Tak Padan Dengan Sakit

"Penyerang Tumpul"..itu adalah tajuk berita berkenaan perlawanan persahabatan antara skuad Olimpik Malaysia menentang skuad Olimpik Oman di Stadium UiTM Shah Alam ptg semalam..biarpun masih belum sembuh..aku gigih gak pergi menonton perlawanan tuh..sakit2 pun still menyokong mcm org sihat (dh abes game br rasa sakit balik :p)..selepas menyaksikan sendiri perlawanan tu..aku tak bersetuju dgn apa yg terpampang di Harian Metro hari ni

separuh masa pertama..skuad negara bermain dgn tempo perlahan pada awalnya dgn taktik bertahan..serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahan yg diketuai oleh Muslim Ahmad..menjelang pertengahan babak pertama barulah barisan serangan negara mula menunjukkan byk gerakan menarik selain beberapa percubaan bahaya ke pintu gol lawan oleh Thamil Arasu dan Wan Zack Haikal..Wan Zack Haikal tampak lincah dgn larian2 yg berjaya melepasi pertahanan lawan..namun mungkin sedikit leka atau terlalu ghairah mencari gol lebih2 lg di hadapan penyokong sendiri..skuad negara dihukum dgn gol jarak jauh yg menewaskn Khairul Fahmi lewat separuh masa pertama

separuh masa kedua..Syahrul Azwari dimasukkan menjadi tunggak serangan..rentak permainan Malaysia berubah dgn serangan bertali arus ke kubu lawan..Mohd Faizal Abu Bakar yg bermain di sayap kiri juga berjaya membuat hantaran2 cantik ke tengah kotak penalti..namun keadaan padang yg bertanah lembut sedikit merencatkan perlawanan apabila beberapa pemain tergelincir dalam situasi utk membuat percubaan dan rembatan ke pintu gol lawan..Izzaq yg dimasukkan lewat separuh masa kedua juga berjaya menggunakan ketinggiannya utk memenangi bola tinggi dan melakukan percubaan demi percubaan..nasib kurang menyebelahi apabila Malaysia tewas 0-1

biarpun tewas..tiada istilah "meragui kemampuan" seperti yg diperkatakan oleh akhbar..para pemain telah memberikan aksi terbaik dan bermain sedaya upaya dalam perlawanan semalam..tuah atau "luck" turut menjadi sebahagian drpd permainan..namun sokongan tidak berbelah bahagi oleh para peminat menjadi perhatian utama..Ultras Malaya tidak berhenti-henti menyanyi bg memberi semangat pada Harimau Malaya..stadium yg dikatakan berkapasiti 10 ribu itu hampir penuh dgn penyokong..selepas tamat perlawanan mereka turun beramai-ramai bertemu para pemain utk bergambar..aku sndr sempat bergambar dgn Muslim Ahmad dan mengucapkan "good luck" kepada Ong Kim Swee, Khairul Fahmi dan Muslim Ahmad utk perlawanan menentang Jepun 21 Oktober nnt :)

sesi menyejukkan badan

temu ramah Khairul Fahmi

temu ramah Ong Kim Swee

bersama pertahanan terbaik, Muslim Ahmad


Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum semua :)

kepulangan

Raya Yang Berbeza

alhamdulillah..dh hampir 2 minggu 1 Syawal berlalu..pasti ramai yang gembira pulang ke kampung..bertemu sanak saudara..ziarah umah sahabat handai..menjamu selera dgn juadah istimewa di pagi raya..namun aku menjalani pengalaman berbeza..pengalaman pertama setelah hampir 25 tahun hidup..berhari raya di hospital :D

kronologi kejadian:

22 Ogos: terasa sedikit senak di ulu hati..kebetulan pagi tu tak sahur..so pikir mayb sbb lapar kot..tahan smpi ptg..lepas berbuka minum Gaviscon..terasa sedikit lega

23 Ogos: kembali rasa sakit yg sama..pergi ke klinik berhampiran rumah..doc suspect gastrik..so dia bg ubat n aku terpaksa batalkan puasa sbb dh lain mcm sakitnye

24 Ogos: sakit semakin menjadi-jadi..ke klinik kesihatan presint 9 utk rawatan lebih kurg jam 11 pagi..dpt giliran lebih kurg jam 3 ptg..doc kat sana suspect appendix..terus refer ke Hospital Putrajaya (time nih hp dh padam..bateri kong)..smpi kat Hospital Putrajaya lebih kurg jam 4.30 ptg..terus dimasukkan ke bilik pembedahan..sblm tu sempat bg no telefon rumah ngan Aizal kat nurse suruh diorg inform..pastu diberi bius hingga lelap..sedar2 lebih kurg kol 6.15 ptg..pembedahan dh selesai..appendix pecah dlm perut..dimasukkan ke wad 3A

25 Ogos: luka pembedahan terasa berdenyut dan sakit..tidak dibenarkan makan..hanya air masak jd penghilang haus

26 Ogos: luka pembedahan bernanah sedikit..jahitan dibuka separuh untuk membolehkn nanah keluar dan dicuci..kawasan sekeliling luka merah dan bengkak

27 Ogos: tiada tanda sembuh..nanah masih keluar dan luka terpaksa dicuci kerap..gauze ditukar berkali-kali..demam plak tuh

28 Ogos: bengkak di sekeliling luka makin surut..nanah semakin kurg..kiv utk discharge dari wad

29 Ogos: selepas diperiksa oleh doktor pakar..diizinkn pulang utk berhari raya..abah dtg dr Melaka utk amik aku pulang ke kampung..dr Putrajaya singgah jap umah sewa amik brg2 then terus ke rumah atuk di Pantai Puteri, Melaka

30 Ogos: Aidilfitri..hanya menjamah dua tiga potong ketupat dan lemang..tuh pun dgn kuah kacang je..rendang ayam, daging semua takleh makan..pantang kata mak..pg nih buang air kali pertama selepas pembedahan

31 Ogos: tidur atas sofa sbb senang nk bgn..terjaga jam 3 pagi utk ke toilet..tgk mcm luka tu berdarah sket..kejut mak abah ajak gi klinik..mak kata tunggu pagi..so tido balik..pg tuh time sarapan terhidu bau kurg menyenangkn..suh adik tutup pintu toilet..tp still ada lg bau..sekali tgk luka dh pecah..penuh ngan darah n nanah..terus ke Hospital Besar Melaka bahagian kecemasan..sekali lagi ditahan di wad..jahitan luka dibuka sepenuhnya utk proses membersihkn nanah

1 Sept: hanya terbaring di katil..tak boleh gerak sgt sbb sakit yg amat kat bahagian luka tu..dipantau dr semasa ke semasa oleh doktor pakar

2 Sept: demam..keadaan yang mencemaskn bg pihak hospital..bimbang infection merebak ke dalam darah..namun menjelang malam demam beransur pulih

3 Sept: luka dicuci dan ditampal 3 kali sehari..sudah boleh bergerak walaupun sedikit pedih..gigih gak ke pantry utk amik air masak..mkn pun dh mula ok

4 Sept: luka makin bersih..doktor pakar kata nk observe smpi esok hari..kalo luka ok..takde demam etc dia akan izinkn balik

5 Sept: diizinkan pulang dgn arahan perlu ke klinik kerajaan setiap hari utk sesi dressing (cuci n tampal luka)

luka pembedahan :D

so smpi laa hari nih aku berulang-alik ke klinik berhampiran utk cuci luka..alhamdulillah luka semakin pulih..dh makin rapat..dh boleh driving tp takleh lama..byk buang masa dgn baring2 je kat bilik..nih kronologi pengalaman aku menyambut Aidilfitri di hospital..next entry aku akan citer apa yg aku lihat dan saksikan ragam manusia sepanjang berada di hospital