Kita Masih Di Situ

Sejenak aku terfikir
Dari kisah semalam yang suram
Mereka di sana duduk berbincang
Mereka sepakat mengatur langkah
Bersama merentas laluan berhalang

Namun aku lihat
Kita berseronok di panggung wayang
Bersuka ria merentas malam yang panjang
Hanya duduk-duduk dengan omong kosong
Maki dan cerca tanpa sebarang tindakan

Dan tatkala mereka menjulang anugerah
Ketika nama mereka disebut gah
Kita hanya mampu berbisik sesama sendiri
Dengan sifat iri dan busuk hati
Merendahkan mereka tanpa rasa malu
Kononnya kita yang lebih hebat
Kononnya kita yang layak dimartabat

Dan nanti
Di saat mereka terus ke depan
Ketika mereka maju dengan harapan
Apa yang kelihatan
Kita masih di situ
Berteman omong kosong dan bangga diri
Kononnya kita tetap nombor satu

1 comment:

ruby said...

jiwang sehhhh..hauhuhaua