Satu Pengalaman Baru (Part 1)


Homestay Bagan Datoh


isnin, 4 ogos 2008, aku dan 3 orang lagi sahabat bertolak dari bumi Cyberjaya, menuju ke Bagan Datoh. gerak dari MMU lebih kurang pukul 10.15 pagi, amik Kak Rin kat stesen komuter Serdang. lepas tuh direct terus ke Bagan Datoh, lalu highway PLUS, masuk kat Rawang, exit kat Bidor(Topet yg jd aku nye GPS). ayat first sampai kat Bidor; "Maju giler Bidor, ada KFC"..haha. Ain time tuh dah tak larat gelak dah. sepanjang jalan tuh.,ada je benda yg nak di komen. paling takleh lupa adalah sebuah mini market yg bernama "LAWANYA" atau lagi best disebut, Lawanya Mini Market.

dari Bidor, kitorg terus menuju ke Teluk Intan sbb Amy dah tunggu kat sana. masuk je Teluk Intan, parking kat depan Menara Condong. then Amy smpi dgn pakaian opis dia, dgn cop n fliers penuh kat belakang keta, gerak gi makan kat sebelah kedai basikal abg dia. usha2 jap kedai basikal, buang apa yg patut yg tersimpan sepanjang perjalanan, baru isi balik. aku order nasi goreng thai. ingatkan mcm nasi goreng thai kat tmpt lain, sekali dia punya pedas, berpeluh aku makan time tuh.

dari kedai makan, gerak gi umah Amy, zohor sat kat sana, duduk2 ilangkan penat, baru sambung perjalanan gi Bagan Datoh. Amy pesan: "sampai Hutan Melintang ada simpang 4, belah kanan ada petronas, masuk kanan, terus je smpi Bagan Datoh". tp smpi kat simpang 4 tuh, nampak mcm ada pasar minggu kat depan, tak sedar langsung petronas kat side kanan jalan. so aku terus je laa ke depan. tiba2 masuk ke satu port nelayan, ada tempat jual sotong, kilang ikan, last2 jalan mati. sah dah sesat, so patah balik.

at last jumpa gak simpang gi Bagan Datoh. so terus je laa cari signboard Homestay Bagan Datoh.
tp yg kitorg jumpa adalah signboard senarai homestay di Bagan Datoh. ada laa dlm 13 kampung semuanya. aku dh pelik, kampung mana pakcik yg aku deal nih duduk. so aku berenti sat tepi jalan, call pakcik tuh. "Pakcik, kami ada di Kg. Sungai Batang, mana nak tuju nih?" Pakcik tuh pun bagi laa direction: "Terus lagi, smpi selekoh, cari Pejabat Penghulu Rungkup, pakcik ada kat situ". lepas je letak phone, tiba2 ada sorg nenek tua nih, duk tinjau2 kat tingkap keta aku. Semua dh terkejut dalam keta nih. aku suh Topet turunkan tingkap. rupanya nenek tuh ingat kitorg nih org yg sepatutnya jemput dia kat situ..haha, lawak gak laa time tuh sbb nenek tuh mcm stalker je :p

so kitorg teruskan lagi perjalanan, smpi laa jumpa selekoh. Topet kata masuk kiri, dia nampak signboard Pejabat Penghulu. so aku masuk laa kiri, nmpk ada satu bgnn mcm balai raya, tp signboard dia kat situ, Homestay Concierge. salah nih kot, so patah balik, u-turn depan bgnn tuh. kuar balik jalan besar, terus lagi smpi laa jumpa Pejabat Penghulu Bagan Datoh. so aku call balik pakcik tuh, bgtau dh smpi. "yang hang pi smpi sana buat apa?dh jauh dh tuh. patah balik smpi selekoh". lor sesat lagi.

so kitorg patah balik, smpi laa jumpa selekoh (selekoh nih rupanya nama tempat, Kg. Selekoh, aku ingat selekoh = corner). pakcik tuh dh tunggu tepi jalan. rupanya bgnn yg kitorg u-turn td, tuh laa Pejabat Penghulu Rungkup. tp dia nyer signboard dh tertutup dgn pokok bunga. masuk je pejabat, dh ada beberapa ajk kampung, sekali ngan penghulu dia. terus meeting, brief diorg pasal Kembara Warisan 2009. pastuh gerak balik umah pakcik Mokhlas atau kitorg panggil pak Leh je. rehat2, then minum petang. ada pisang goreng ngan satu lauk yg aku tak pernah tgk. so try laa mkn. dia punya rasa, pergh mmg sedap. so tanya laa apa lauk tuh. makcik tuh ckp "sambal telur je, mkn pisang goreng tuh, cicah laa sambal tu". walaupun aku selalu makan sambal telur, tapi tuh lain dr yg lain. kaler pun warna kelabu, tak merah :p

lepas mandi2, gi surau sebelah umah pakcik tuh, maghrib, pastuh duk borak ngan org2 kampung. sana unik sket, campur org jawa, banjar, melayu perak, rawa. so diorg borak slang masing2, tp paham. haha..yg tak paham aku je laa. pastuh dinner, ada perbincangan lg dgn sorg cikgu nih. dia laa yg tambah2 lagi aktiviti yg sesuai time kembara warisan nnt. lepas tuh, kitorg tido laa rehatkan diri. tamat lah sehari kat sana

3 comments:

Anonymous said...

dem..memain lg ckp aku..aku ckp selekoh name tempat..ko memain...kan da sesat :P

Button Badge Bajet said...

tambah link ak wehh

Firdaus Jamaludin said...

haha..sori laa amy..ingat ko tak serius :p