selalu aku letak title Movie Review utk satu2 filem yg aku baru je lepas layan..tp kali nih tukar sket tajuk sbb mmg tuh yg aku rasakan tatkala kuar dr panggung 3 GSC Alamanda td..setelah agak lama aku menantikan filem LAGENDA BUDAK SETAN yg dikatakan bakal mengusik jiwa sesiapa yang menonton..apa yg aku dpt hanyalah rasa hampa dgn filem yg tak smpi tahap expectation aku
filem nih dibuat berdasarkan sebuah novel fenomena awal tahun 90-an..novel yg mmg mendapat respon hangat pada masa tuh..aku sndr 3 kali khatam novel yg tebal tuh..dan bila aku terdengar yg novel tuh bakal difilemkan..terus filem tuh masuk dlm waiting list aku
Novel Lagenda Budak Setan
secara keseluruhan..citer nih lebih byk sampah dr part2 penting dlm novel..kenakalan Kasyah yg sgt ketara dlm novel tak berjaya dibawa oleh Farid Kamil dan kwn2 dia yg cuba utk menjadi org nakal..perubahan Kasyah selepas bertemu Ayu pun mcm terlalu 'light'..watak Ayu mmg sesuai dgn paras rupa Lisa Surihani tp scene2 percintaan diorg lebih byk berlatarbelakangkan lagu tema yg aku tak sempat kira berapa kali diulang sepanjang movie..kat sini sgt potong feel okkk~!!
Que Haidar dan Fazura sgt2 menepati watak yg diceritakan dlm novel..watak Azmi,lelaki yang panas baran, kasar namun syg pd Ayu dilakonkan dgn baik oleh Que..Fazura plak dpt watak yg light tp dia tetap melakonknnya dgn baik
benda yang paling spoil mood dlm citer nih adalah watak Emilia yang dilakonkan oleh pelakon baru Shiqin kalo tak silap..dgn riak muka yg kaku, dialog yg nmpk sgt dihafal dan body language yg keras..dialah yg merosakkan movie nih..lebih2 lg time dia hilang ingatan tuh..fake giler tgk lakonan dia..patutnya ada pelakon lain yg lebih layak kot
ending yg tak baper best..sbb mayb dia nak wat org tunggu next filemnya kot..sbb kalo ikut novel ada lg 2 sambungannya..so kalo saper2 nk tau apa cerita selanjutnya..tunggu laa..aku dh tobat tanak tunggu..haha..buat rugi rm10 je td..aku lg byk wat lawak pasal movie nih dgn mmbr :p
Jalan Cerita : 4/10
Watak: 4/10
Rating Keseluruhan: 2.5 bintang