Tak Padan Dengan Sakit

"Penyerang Tumpul"..itu adalah tajuk berita berkenaan perlawanan persahabatan antara skuad Olimpik Malaysia menentang skuad Olimpik Oman di Stadium UiTM Shah Alam ptg semalam..biarpun masih belum sembuh..aku gigih gak pergi menonton perlawanan tuh..sakit2 pun still menyokong mcm org sihat (dh abes game br rasa sakit balik :p)..selepas menyaksikan sendiri perlawanan tu..aku tak bersetuju dgn apa yg terpampang di Harian Metro hari ni

separuh masa pertama..skuad negara bermain dgn tempo perlahan pada awalnya dgn taktik bertahan..serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh barisan pertahan yg diketuai oleh Muslim Ahmad..menjelang pertengahan babak pertama barulah barisan serangan negara mula menunjukkan byk gerakan menarik selain beberapa percubaan bahaya ke pintu gol lawan oleh Thamil Arasu dan Wan Zack Haikal..Wan Zack Haikal tampak lincah dgn larian2 yg berjaya melepasi pertahanan lawan..namun mungkin sedikit leka atau terlalu ghairah mencari gol lebih2 lg di hadapan penyokong sendiri..skuad negara dihukum dgn gol jarak jauh yg menewaskn Khairul Fahmi lewat separuh masa pertama

separuh masa kedua..Syahrul Azwari dimasukkan menjadi tunggak serangan..rentak permainan Malaysia berubah dgn serangan bertali arus ke kubu lawan..Mohd Faizal Abu Bakar yg bermain di sayap kiri juga berjaya membuat hantaran2 cantik ke tengah kotak penalti..namun keadaan padang yg bertanah lembut sedikit merencatkan perlawanan apabila beberapa pemain tergelincir dalam situasi utk membuat percubaan dan rembatan ke pintu gol lawan..Izzaq yg dimasukkan lewat separuh masa kedua juga berjaya menggunakan ketinggiannya utk memenangi bola tinggi dan melakukan percubaan demi percubaan..nasib kurang menyebelahi apabila Malaysia tewas 0-1

biarpun tewas..tiada istilah "meragui kemampuan" seperti yg diperkatakan oleh akhbar..para pemain telah memberikan aksi terbaik dan bermain sedaya upaya dalam perlawanan semalam..tuah atau "luck" turut menjadi sebahagian drpd permainan..namun sokongan tidak berbelah bahagi oleh para peminat menjadi perhatian utama..Ultras Malaya tidak berhenti-henti menyanyi bg memberi semangat pada Harimau Malaya..stadium yg dikatakan berkapasiti 10 ribu itu hampir penuh dgn penyokong..selepas tamat perlawanan mereka turun beramai-ramai bertemu para pemain utk bergambar..aku sndr sempat bergambar dgn Muslim Ahmad dan mengucapkan "good luck" kepada Ong Kim Swee, Khairul Fahmi dan Muslim Ahmad utk perlawanan menentang Jepun 21 Oktober nnt :)

sesi menyejukkan badan

temu ramah Khairul Fahmi

temu ramah Ong Kim Swee

bersama pertahanan terbaik, Muslim Ahmad


5 comments:

noor haNISAh said...

pict terakhir sangat2 menyakitkn hati

Firdaus Jamaludin said...

haha..jeles? :p

noor haNISAh said...

sangat! sebaik bukan sapi sali

Firdaus Jamaludin said...

haha..saper suh tak dtg..kalo tak leh amik gambar ngan semua..diorg bg masa 15 minit utk player bergambar :D

noor haNISAh said...

maaf la.atas sebab2 tertentu, tak dapat nk mai. player oman nyer pict takder? huhu