Permainan Anak-Anak Zaman Dulu


lepas buat entry Dulu Lain Sekarang Lain..aku rasa terpanggil untuk kenalkan anak2 zaman sekarang benda2 yang mungkin diorang dah tak jumpa lagi masa ni..lebih2 lagi ysng duduk kat bandar dan tak pernah jejak kaki ke kampung

1st pasal caplong..caplong nih sejenis senjata zaman purba yang diperbuat daripada buluh..terbahagi pada dua bahagian iaitu tempat isi peluru dan pencucuhnye..then pelurunya pulak guna buah cenerai


natang ni namanya caplong/pistol buluh


ni buah cenerai utk peluru..kena berbirat nih


2nd lawan biji getah..ni salah satu lagi mainan feveret sementara tunggu sekolah agama sesi pertama abes..duduk belakang sekolah kutip biji getah pastu lawan..cara lawannye..dua bijik getah diletakkan di tengah2 tapak tangan..katakan yang kat tangan kanan aku punya..kat tangan kiri Ali punya..so dekatkan kedua2 tapak tangan dan tekan kuat2..make sure biji getah tu kena satu sama lain..mana yg pecah dulu dia laa kalah..simple kn?


ni biji getah..corak dia menarik


next guli..adik2 sekarang ni memang kenal guli..tapi diorang beli buat hiasan akuarium..bagi ikan yang main..kalau dulu time main guli ni..kalau tak terer jangan laa berani masuk bertarung..memang selesai laa guli sekarung jawabnya..main guli ni banyak cara nya..kalau main ramai2 leh main dalam bulatan..kalau main berdua je leh main tuju


syaratnya kena keluarkn guli dari bulatan :)

rasanya ni je buat masa nih..nanti2 aku post lagi pasal permainan2 lain pulak :D

credit gambar kepada pemilik asalnya :)

No comments: