Pengorbanan

2017..kejap je masa berlalu..dipendekkan cerita..Disember 2014, wife aku berjaya mohon pertukaran dari PTSB di Kulim, Kedah ke PSAS di Behrang, Perak..aku syukur sangat2 tapi ada satu pengorbanan yang perlu dibuat..aku perlu berulang-alik setiap hari dari Tg Malim ke tempat kerja kalau nak duduk serumah dengan wife dan anak..kat bawah ni adalah kira2 tentang perjalanan aku
1. Jarak dari rumah ke opis Cyberjaya = 120 km (sikit lebih kurang halal). Jadi sehari aku akan travel 240 km. Sebulan aku kerja dalam 22 hari, jadi 22 hari x 240 km = 5280 km sebulan. Setahun, perjalanan aku adalah 12 bulan x 5280 km = 63360 km setahun. Aku travel ke Cyberjaya selama 2 tahun, so 126720 km. Jarak dari rumah ke opis Damansara = 90 km sehala, so 180 km sehari. Sebulan
= 3960 km (22 hari x 180). Aku kerja Damansara setahun = 47520 km. So total 3 tahun ni aku dah travel sejauh 174240 km. Mengikut uncle Google, satu pusingan mengelilingi dunia = 24,901.55 miles (40075.16 km). So, perjalanan aku 3 tahun ni lebih kurang 4.3 kali pusingan mengelilingi dunia (tapi paling jauh aku pergi pun Korea je, tu pun sekali je)
2. Masa perjalanan dari rumah ke opis Cyberjaya = 1 jam 30 minit (1.5 jam). Jadi sehari aku ambil masa 3 jam untuk pergi dan balik. Perjalanan aku sebulan, 22 hari x 3 jam = 66 jam. Kalau 2 tahun, 24 bulan x 66 jam = 1584 jam. Masa perjalanan dari rumah ke opis Damansara = 1 jam. Sehari = 2 jam, sebulan 44 jam, setahun = 528 jam. So total 3 tahun ni, aku abeskan masa selama 88 hari (2112 jam/24 jam) di atas jalan raya je (abes masa aku 3 bulan).
Soalan yang selalu aku dengar dari kawan-kawan, atau orang-orang yang baru tau aku ulang alik dari Tg. Malim hari2 adalah seperti di bawah.
1. Soalan : Tak penat ke bro?
Jawapan : Dah tentu penat.
2. Soalan : Jauh tu. Gerak dari rumah kol 5 pagi ke?
Jawapan : Jauh gak laa. Gerak dari rumah kol 7.15 pagi. Sampai opis dalam pukul 8.45 pagi. Masuk keje kol 9.
3. Soalan : Larat pulak badan kau hari-hari travel.
Jawapan : Alhamdulillah..selagi larat aku ulang-alik.
4. Soalan : Musim hujan naik kereta?
Jawapan : Tak, redah je. Pegi keje bawak baju spare sepersalinan. Kalau hujan otw pegi opis, smpi opis salin laa. Kalau hujan otw balik takde masalah, redah je.
5. Soalan : Gila kau ni. Apasal tak cari rumah sewa kat area Cyberjaya je?
Jawapan : Cukup laa 2 tahun lebih aku duk jauh ngan bini, setahun berjauhan ngan anak. Lagi sanggup ulang alik gini dari rindu anak bini.
6. Soalan : Apasal wife kau tak mintak tukar area sini je?
Jawapan : Mintak memang boleh, tapi lulus belum tentu.
7. Soalan : Tak pun, kau je laa cari kerja dekat sikit dengan rumah
Jawapan : Apply dah, tapi takde yang berminat nak hire.
8. Soalan : Tak bahaya ke hari2 travel jauh naik motor?
Jawapan : Alhamdulillah, dua kali je pernah rebah dek kerana kebodohan pemandu kereta. kali kedua tu teruk sikit.
Diam tak diam, dah 3 tahun aku ulang-alik..alhamdulillah aku dipinjamkan oleh Allah kekuatan dan kesihatan nak hadap perjalanan hari2..balik kerja penat2, tengok telatah Faidh Irfan, Faris Iskandar..hilang segala letih..moga aku terus diberi nikmat sihat tubuh badan..isteri dan anak2 sebagai motivasi aku..terima kasih kat wife sebab memahami keletihan aku.
*kalau ada boss2 area KL/Selangor nak hire, saya masih sanggup nak travel..kalau ada boss Tg Malim nak hire lagi bagus

No comments: