Kata Orang

Kata orang
Angin itu lembut dan tenang
Adakala memberikan kedamaian
Di lain masa ia menghancurkan
Bagiku
Angin dan cinta tiada bezanya
Cinta juga memberikan kedamaian
Menghancurkan bila kita kelekaan

Kata orang
Lalang itu sukar ditumbangkan
Biar ditiup ribut nan kencang
Bagiku..
Jangan jadi macam lalang
Ditiup ke kiri ia ke kiri
Ditiup ke kanan ia ke kanan
Lambang orang tiada pendirian

Kata orang..
Duri itu sangat tajam
Terluka tangan jika dipegang
Bagiku..
Duri dalam daging lebih memeritkan
Orang diharap berpaling haluan
Menikam bangsa dari belakang

Kata orang..
Buih-buih pantai itu hanya sementara
Sentiasa datang dan hilang bila ombak menghempas
Bagiku?
Buih-buih pantai dan kedudukan tiada bezanya
Hari ini kita bertakhta
Esok tercampak di lembah hina

Kata orang
Pagar itu pelindung sejati
Kukuh berdiri mengepung bendang
Bagi aku
Pagar dibina biarlah kukuh
Agar tak jadi
Harapkan pagar, pagar makan padi

Renungkan..

2 comments:

Badruz Nasrin said...

setuju-setuju...weh..copy sket nk post kat blog aku lak...

norain shari said...

wah! fid da berkarya~ semoga terus berusaha! [setuju gak dgn sajak ko tuh.]