Takziah Pada Keluarga Mangsa

masing2 sibuk memperkatakan tarikh yg muncul hari nih..10 Oktober 2010 atau 10/10/10..ramai yang kahwin dan bertunang sempena tarikh nih..senang nk ingat katanya..angkasawan negara pun melangsungkan perkahwinan hari nih..dgr kata wat secara grand..aku tak tgk pun siaran langsung nye..majlis dh grand, tarikh dh best..moga kekal laa hendaknya..jgn hanya separuh jalan mcm artis2 kita

namun dalam kegembiraan tarikh tuh..satu tragedi telah berlaku ptg td yang telah meragut 12 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain

kesesakan yang berlaku

  
bas JKM yang terlibat

Honda Accord yang hancur 

Myvi yang dihempap bas 

ngeri

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain 
sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


takziah pada keluarga mangsa2 yang terlibat..pada yang 'pergi' sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..percayalah tuhan lebih menyayangi mereka..harap polis dan pihak bertanggungjawab dapat mencari punca sebenar kemalangan nih

sumber berita dari myMetro
sumber gambar dari Mohd Safuan

10 comments:

Pinky Pixie said...

takziah pda kaum keluarga mreka. oh, nilah yg intanurulfateha tu ckp.

- F i D - said...

intannurulfateha tuh saper? :D

izzat said...

aku terlibat dlm jem sbb xciden ni td.. kuar tol kajang pkul 12.30.. la ni br aku smpai melaka..huhu

ikeen said...

takziah utk keluarga mangsa

EYQA ♥ said...

takutttt. AL-FATIHAH utk sume mangsa.

shima said...

takziah pada yang terlibat!

Khumaera Ismail said...

ya Allah..ngerinye..eksiden paling trok penah sy dgr..huhu~takziah utk keluarga mangsa..

::deebaadeeboo:: said...

xsangke tarikh 101010 time org nga bz ngn event wedding n engagement kn..

kejdian y amt ngeri n memilukan..ysterday myfren p0n terperangkap kt jem 2 3jam..takziah2..sadiss..!!

Nasz said...

Al Fatihah.

Adala salah kita tu yang Tuhan marah pada kita semua.

Semoga kita semua dijauhi dari kejadian seperti itu. InsyaAllah.

yyunie said...

Takziah bwat keluarga mangsa . kemalangan yg menyayat hati btol .