Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum Semua :)



p/s: rindu...

Sembang Ramadhan

puasa tahun nih lain sket dr selalu..kalo dl duk ngan kwn2 kat hostel..bila nk sahur kuar ramai2..bila nk berbuka gi bazaar ramai2..pastu ronda bazaar beli selagi rasa mampu makan..tp skang dh lain..duk umah sewa..masing2 dh keje..ada yg shift malam..ada yg tak menentu masa keje..kadang2 je nmpk batang hidung housemate..berbuka sorg2 ngadap dinding..sahur plak ubah membelakangkan dinding

tiap tahun mesti ada satu menu feveret aku..kalo tahun lepas "Kuey Teow Kona Mai" ngan "Air Naga Abg Gaban" kat bazaar putrajaya...tahun nih lak aku duk layan "Murtabak Pakcik Kopiah"..almost tiap hari aku beratur beli murtabak kat kedai tu..biarpun hujan ribut..asalkn pakcik tu tak tutup kedai..ada laa muka aku beratur situ..kuah dal dia best n murtabak dia pun sedap :p sebelah kedai pakcik tu lak kedai "Puchong Soya" yang memang selalu aku beli walaupun bukan bulan Ramadhan..tak pun gi kedai "Tebu Pekat Manis" beli air tebu terbaik dan tak mahal mcm yg lain..yg lain harap harga je mahal..tp rasa tak best mana pun

"Murtabak Pakcik Kopiah"

bila cakap pasal sahur lak..yg nih unik sket..aku kalo tak layan mushroom soup ngan roti..aku wat cekodok a.k.a jemput2 bawang je kat umah..kalo malas sgt baru aku gi "kedai mak" makan bihun ke, kuey teow ke..nasi takde dlm menu Ramadhan aku dan alhamdulillah lepas 15 hari puasa nih..ada laa 3 kali mkn nasi..tuh pun terbabas sbb gi majlis berbuka puasa..dia letak nasi je..so nak tanak makan laa apa yg ada..tp tak byk..lebih byk meratah lauk yg dihidangkan je :D


cekodok a.k.a jemput2 homemade

korban sahur @ "Kedai Mak"

time terbabas mkn nasi @ KPT

raya?..blom pikir lg..duit pun ada takde je nih..nk beli baju raya tuh mmg tak laa..sebab baju lama elok lg..baru pakai 2-3 kali..kalo ada pun nak beli selipar utk gi jalan raya ngan songkok je kot..tuh pun rasa mlm raya laa baru beli..kuar gi Klebang ke nnt..dkt sket ngan umah atuk..btol laa kata org..makin dewasa nih makin tak amik port sgt pasal raya kn? :D

*p/s: nama2 kedai tu aku letak sendiri je :D

Demi Negara

DEMI NEGARA..itulah istilah tepat bagi 7 individu ini..mereka adalah Khairul Fami Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (KL) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS)..kesemua mereka tersenarai dalam skuad Olimpik kebangsaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Piala Malaysia yang bakal bermula September nnt

skuad Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee kini berada di Slovakia utk sesi latihan selama sebulan..mereka akan pulang ke tanah air pada 28 Ogos dan bercuti utk Aidilfitri beberapa hari sebelum menyambung latihan pusat..pengurusan pasukan juga telah mengatur satu sesi latihan dan perlawanan persahabatan di China seminggu sebelum berlepas ke Jepun

anak buah Ong Kim Swee yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan setelah menang 3 perlawanan pertama di Slovakia diharap dapat memberi saingan kepada Jepun pada perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011..semoga dgn latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa mampu memperkemaskan lagi mutu permainan pasukan disamping memperbaiki kelemahan2 yang ada

Macam-Macam

subuh2 td aku dpt call

pemanggil: hello..along eh?
aku: aah (sbb nama panggilan family)
pemanggil: along tgh tido ke apa?
aku: baru nak tido balik..napa?
pemanggil: takde apa..saje call nk tanya khabar
aku: takde time lain nk tanya khabar?
pemanggil: haha..saje nak kaco
aku: sahur td mkn apa?
pemanggil: buat nasi goreng je..along?
aku: makan jemput2 je..malas nk keluar
pemanggil: diet ke apa?
aku: leh kata gitu laa..saje nk diet
pemanggil: tak balik kmpg ke puasa nih?
aku: bz sket laa..balik terus raya nnt kot
pemanggil: jumpa kat kmpg laa nnt..lama tak jumpa mamat
aku: mamat mana lak?
pemanggil: adik along tuh laa
aku: uish..salah org kot nih
pemanggil: eh jap...ye laa..alamak salah nombor
aku: laa ye ke? (aku pun tak tanya sape yg call)
pemanggil: sori2
aku: haha..ok2 takpe

abes credit dia agaknye..aku ingat sepupu aku call

Rangkuman Sukan

undian peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..berikut adalah keputusan undian:

Kumpulan A - Kedah, Perak, Sabah, Johor
Kumpulan B - Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime Darby
Kumpulan C - Sarawak, Johor FC, Kelantan, Felda United
Kumpulan D - Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM

Selangor yang memperkukuhkan barisan pemain dengan pengambilan 3 pemain muda iaitu Saarvindran, Nazri Ahmad dan Haziq Zikri dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan..namun skuad Perak bakal berdepan masalah besar akibat penggantungan 5 pemain utama mereka akibat insiden ketika menentang Sabah 19 Mei lalu..perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6 September 2011

pasukan Selangor dilihat lebih bersedia dgn beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk perlawanan menentang pasukan kebangsaan yang dijadualkan pada 6 Ogos 2011 jam 10 malam bertempat di Stadium Shah Alam

selain itu..pasukan Harimau Muda yang kini berada di Slovakia menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini..setelah tewas tipis 0-1 kepada Chelsea..mereka mempamerkan aksi meyakinkan selepas menang 3 perlawanan pertama menentang FK Bodva Moldova (1-0), MFK Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1)..ini sebagai persediaan bagi menghadapi siri Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia..Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dijangka memberikan tentangan biarpun perbezaan ranking yang amat ketara

jadi bersama-samalah kita memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan..moga Harimau Malaya terus mengaum gah di persada bola sepak dunia

sumber dari: Dunia Sukan Online dan Google