Demi Negara

DEMI NEGARA..itulah istilah tepat bagi 7 individu ini..mereka adalah Khairul Fami Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (KL) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS)..kesemua mereka tersenarai dalam skuad Olimpik kebangsaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Piala Malaysia yang bakal bermula September nnt

skuad Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee kini berada di Slovakia utk sesi latihan selama sebulan..mereka akan pulang ke tanah air pada 28 Ogos dan bercuti utk Aidilfitri beberapa hari sebelum menyambung latihan pusat..pengurusan pasukan juga telah mengatur satu sesi latihan dan perlawanan persahabatan di China seminggu sebelum berlepas ke Jepun

anak buah Ong Kim Swee yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan setelah menang 3 perlawanan pertama di Slovakia diharap dapat memberi saingan kepada Jepun pada perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011..semoga dgn latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa mampu memperkemaskan lagi mutu permainan pasukan disamping memperbaiki kelemahan2 yang ada

No comments: