Rangkuman Sukan

undian peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..berikut adalah keputusan undian:

Kumpulan A - Kedah, Perak, Sabah, Johor
Kumpulan B - Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime Darby
Kumpulan C - Sarawak, Johor FC, Kelantan, Felda United
Kumpulan D - Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM

Selangor yang memperkukuhkan barisan pemain dengan pengambilan 3 pemain muda iaitu Saarvindran, Nazri Ahmad dan Haziq Zikri dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan..namun skuad Perak bakal berdepan masalah besar akibat penggantungan 5 pemain utama mereka akibat insiden ketika menentang Sabah 19 Mei lalu..perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6 September 2011

pasukan Selangor dilihat lebih bersedia dgn beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk perlawanan menentang pasukan kebangsaan yang dijadualkan pada 6 Ogos 2011 jam 10 malam bertempat di Stadium Shah Alam

selain itu..pasukan Harimau Muda yang kini berada di Slovakia menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini..setelah tewas tipis 0-1 kepada Chelsea..mereka mempamerkan aksi meyakinkan selepas menang 3 perlawanan pertama menentang FK Bodva Moldova (1-0), MFK Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1)..ini sebagai persediaan bagi menghadapi siri Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia..Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dijangka memberikan tentangan biarpun perbezaan ranking yang amat ketara

jadi bersama-samalah kita memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan..moga Harimau Malaya terus mengaum gah di persada bola sepak dunia

sumber dari: Dunia Sukan Online dan Google

No comments: