Assalamualaikum Semua :)
p/s: rindu...
DEMI NEGARA..itulah istilah tepat bagi 7 individu ini..mereka adalah Khairul Fami Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (KL) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS)..kesemua mereka tersenarai dalam skuad Olimpik kebangsaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Piala Malaysia yang bakal bermula September nnt
skuad Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee kini berada di Slovakia utk sesi latihan selama sebulan..mereka akan pulang ke tanah air pada 28 Ogos dan bercuti utk Aidilfitri beberapa hari sebelum menyambung latihan pusat..pengurusan pasukan juga telah mengatur satu sesi latihan dan perlawanan persahabatan di China seminggu sebelum berlepas ke Jepun
anak buah Ong Kim Swee yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan setelah menang 3 perlawanan pertama di Slovakia diharap dapat memberi saingan kepada Jepun pada perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011..semoga dgn latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa mampu memperkemaskan lagi mutu permainan pasukan disamping memperbaiki kelemahan2 yang ada
subuh2 td aku dpt call
pemanggil: hello..along eh?
aku: aah (sbb nama panggilan family)
pemanggil: along tgh tido ke apa?
aku: baru nak tido balik..napa?
pemanggil: takde apa..saje call nk tanya khabar
aku: takde time lain nk tanya khabar?
pemanggil: haha..saje nak kaco
aku: sahur td mkn apa?
pemanggil: buat nasi goreng je..along?
aku: makan jemput2 je..malas nk keluar
pemanggil: diet ke apa?
aku: leh kata gitu laa..saje nk diet
pemanggil: tak balik kmpg ke puasa nih?
aku: bz sket laa..balik terus raya nnt kot
pemanggil: jumpa kat kmpg laa nnt..lama tak jumpa mamat
aku: mamat mana lak?
pemanggil: adik along tuh laa
aku: uish..salah org kot nih
pemanggil: eh jap...ye laa..alamak salah nombor
aku: laa ye ke? (aku pun tak tanya sape yg call)
pemanggil: sori2
aku: haha..ok2 takpe
abes credit dia agaknye..aku ingat sepupu aku call
undian peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..berikut adalah keputusan undian:Kumpulan A - Kedah, Perak, Sabah, JohorKumpulan B - Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime DarbyKumpulan C - Sarawak, Johor FC, Kelantan, Felda UnitedKumpulan D - Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRMSelangor yang memperkukuhkan barisan pemain dengan pengambilan 3 pemain muda iaitu Saarvindran, Nazri Ahmad dan Haziq Zikri dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan..namun skuad Perak bakal berdepan masalah besar akibat penggantungan 5 pemain utama mereka akibat insiden ketika menentang Sabah 19 Mei lalu..perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6 September 2011pasukan Selangor dilihat lebih bersedia dgn beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk perlawanan menentang pasukan kebangsaan yang dijadualkan pada 6 Ogos 2011 jam 10 malam bertempat di Stadium Shah Alamselain itu..pasukan Harimau Muda yang kini berada di Slovakia menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini..setelah tewas tipis 0-1 kepada Chelsea..mereka mempamerkan aksi meyakinkan selepas menang 3 perlawanan pertama menentang FK Bodva Moldova (1-0), MFK Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1)..ini sebagai persediaan bagi menghadapi siri Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia..Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dijangka memberikan tentangan biarpun perbezaan ranking yang amat ketarajadi bersama-samalah kita memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan..moga Harimau Malaya terus mengaum gah di persada bola sepak dunia
sumber dari: Dunia Sukan Online dan Google