Kad Raya Untuk Geng Blogger

alhamdulillah..sedar tak sedar kita dh pun jejak 22 puasa..lagi 7 hari lg kita akan menyambut Aidilfitri..biarpun sedih dgn pemergian Ramadhan..namun Syawal mmg dinanti utk bertemu semua sanak saudara dan sahabat handai..dan utk geng2 blogger semua..satu kad raya utk anda sempena Aidilfitri..dgn ingatan tulus ikhlas moga Hari Raya tahun ni memberi seribu makna utk korg..andai ada tersalah atau tersilap kata..andai ada entry yg mengguris rasa..beribu kemaafan aku pohon..sesungguhnya aku pun insan biasa yg tak lari dr melakukan kesilapan :D

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ragam 18 Ramadhan

ok..pagi tadi berlangsung perlawanan Spanish Super Cup antara FC Barcelona dan Real Madrid..game start kol 5 pagi waktu Malaysia..time tuh mmg cantik laa utk bersahur kn?..tp abes nyer kol 6.45 pagi..tp sbb nk tgk gak bola..aku stay kat mamak tuh tgk bola tanpa order apa2 (dh imsak)..Barcelona menang 3-2 hasil jaringan Iniesta dan Messi..game diakhiri dgn pergaduhan yang melibatkan Marcelo (kad merah), Villa, Higuain dan beberapa pemain lain..tp bukan tuh cerita yg aku nk story

5.45 pagi..tamat 1st half game..time tuh gak tamat waktu sahur (imsak) utk negeri Selangor..brader meja sebelah aku pun bgn gi bayar..so tak kisah laa..aku membelek hp update status perlawanan kat fb sambil tgk komen kwn2 yg bencikan Barcelona :p sekali lg aku angkat muka..brader tuh lalu dgn dua bungkusan makanan dan teh o ais..tapau utk berbuka ke?..awal giler..tp pikiran aku menjadi positif.."utk anak dia yg kecik kot..pagi kang bgn merengek nk sarapan"

5.50 pagi..tetiba kecoh kat belakang kedai..aku toleh laa..tgk mamak kedai tuh tgh bertekak ngan satu group indian guy..saling berbalas ckp..dia maki mamak tu..mamak tu lawan balik..dia kata nk panggil geng dia turun..mamak tuh ckp dia tunggu (nih aku agak je sbb diorg gaduh dlm bahasa tamil..haha)..pastu dtg sorg mamat india nih (taiko diorg kot) tarik geng tuh keluar kedai..pastu settle kat luar sbb kat dlm org tgh tgk bola..so reda laa balik

6.15 pagi..game dh masuk separuh masa kedua..negro sebelah meja aku menjerit2 melompat2 mcm berrr..sebab separuh sokong Barca separuh lg Real Madrid..duduk sebelah2 tp ckp mcm 3 batu jauhnye..mula2 aku rilek lg..tenangkan hati..fokus pandangan kat tv sambil jiwa bersatu dgn alam..tp takleh gak..time bersatu dgn alam tuh suara diorg ibarat ungka bersahutan..so aku dgn penuh konfiden nye menarik nafas panjang lalu bersuara "sir..can u please lower your voice or maybe i need to ask the owner to increase the volume?" sambil senyum sinis..terus senyap satu meja..ok dh leh layan bola balik

6.30 pagi..sebuah kereta wira hijau meluncur laju sebelum berhenti btol2 sebelah kedai..tingkap yg ber'tinted' gelap diturunkan..terpandang satu kelibat beruniform biru panggil mamak tu..jap lg dgr mamak tuh jerit.."nasi goreng ayam bungkus..nescafe ais bungkus"..tak lama pastu siap laa order tuh..mamak tuh hantar ke kereta..dia bayar lepas tu dia blah..dlm hati aku..haish..polis pun tak puasa?

6.45 pagi game abes..aku pun blah laa dr kedai mamak tuh n terus pulang utk menceritakan semuanya di sini..manusia manusia :)

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum Semua :)



p/s: rindu...

Sembang Ramadhan

puasa tahun nih lain sket dr selalu..kalo dl duk ngan kwn2 kat hostel..bila nk sahur kuar ramai2..bila nk berbuka gi bazaar ramai2..pastu ronda bazaar beli selagi rasa mampu makan..tp skang dh lain..duk umah sewa..masing2 dh keje..ada yg shift malam..ada yg tak menentu masa keje..kadang2 je nmpk batang hidung housemate..berbuka sorg2 ngadap dinding..sahur plak ubah membelakangkan dinding

tiap tahun mesti ada satu menu feveret aku..kalo tahun lepas "Kuey Teow Kona Mai" ngan "Air Naga Abg Gaban" kat bazaar putrajaya...tahun nih lak aku duk layan "Murtabak Pakcik Kopiah"..almost tiap hari aku beratur beli murtabak kat kedai tu..biarpun hujan ribut..asalkn pakcik tu tak tutup kedai..ada laa muka aku beratur situ..kuah dal dia best n murtabak dia pun sedap :p sebelah kedai pakcik tu lak kedai "Puchong Soya" yang memang selalu aku beli walaupun bukan bulan Ramadhan..tak pun gi kedai "Tebu Pekat Manis" beli air tebu terbaik dan tak mahal mcm yg lain..yg lain harap harga je mahal..tp rasa tak best mana pun

"Murtabak Pakcik Kopiah"

bila cakap pasal sahur lak..yg nih unik sket..aku kalo tak layan mushroom soup ngan roti..aku wat cekodok a.k.a jemput2 bawang je kat umah..kalo malas sgt baru aku gi "kedai mak" makan bihun ke, kuey teow ke..nasi takde dlm menu Ramadhan aku dan alhamdulillah lepas 15 hari puasa nih..ada laa 3 kali mkn nasi..tuh pun terbabas sbb gi majlis berbuka puasa..dia letak nasi je..so nak tanak makan laa apa yg ada..tp tak byk..lebih byk meratah lauk yg dihidangkan je :D


cekodok a.k.a jemput2 homemade

korban sahur @ "Kedai Mak"

time terbabas mkn nasi @ KPT

raya?..blom pikir lg..duit pun ada takde je nih..nk beli baju raya tuh mmg tak laa..sebab baju lama elok lg..baru pakai 2-3 kali..kalo ada pun nak beli selipar utk gi jalan raya ngan songkok je kot..tuh pun rasa mlm raya laa baru beli..kuar gi Klebang ke nnt..dkt sket ngan umah atuk..btol laa kata org..makin dewasa nih makin tak amik port sgt pasal raya kn? :D

*p/s: nama2 kedai tu aku letak sendiri je :D

Demi Negara

DEMI NEGARA..itulah istilah tepat bagi 7 individu ini..mereka adalah Khairul Fami Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (KL) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS)..kesemua mereka tersenarai dalam skuad Olimpik kebangsaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam Piala Malaysia yang bakal bermula September nnt

skuad Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee kini berada di Slovakia utk sesi latihan selama sebulan..mereka akan pulang ke tanah air pada 28 Ogos dan bercuti utk Aidilfitri beberapa hari sebelum menyambung latihan pusat..pengurusan pasukan juga telah mengatur satu sesi latihan dan perlawanan persahabatan di China seminggu sebelum berlepas ke Jepun

anak buah Ong Kim Swee yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan setelah menang 3 perlawanan pertama di Slovakia diharap dapat memberi saingan kepada Jepun pada perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung pada 21 September 2011..semoga dgn latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa mampu memperkemaskan lagi mutu permainan pasukan disamping memperbaiki kelemahan2 yang ada

Macam-Macam

subuh2 td aku dpt call

pemanggil: hello..along eh?
aku: aah (sbb nama panggilan family)
pemanggil: along tgh tido ke apa?
aku: baru nak tido balik..napa?
pemanggil: takde apa..saje call nk tanya khabar
aku: takde time lain nk tanya khabar?
pemanggil: haha..saje nak kaco
aku: sahur td mkn apa?
pemanggil: buat nasi goreng je..along?
aku: makan jemput2 je..malas nk keluar
pemanggil: diet ke apa?
aku: leh kata gitu laa..saje nk diet
pemanggil: tak balik kmpg ke puasa nih?
aku: bz sket laa..balik terus raya nnt kot
pemanggil: jumpa kat kmpg laa nnt..lama tak jumpa mamat
aku: mamat mana lak?
pemanggil: adik along tuh laa
aku: uish..salah org kot nih
pemanggil: eh jap...ye laa..alamak salah nombor
aku: laa ye ke? (aku pun tak tanya sape yg call)
pemanggil: sori2
aku: haha..ok2 takpe

abes credit dia agaknye..aku ingat sepupu aku call

Rangkuman Sukan

undian peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..berikut adalah keputusan undian:

Kumpulan A - Kedah, Perak, Sabah, Johor
Kumpulan B - Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime Darby
Kumpulan C - Sarawak, Johor FC, Kelantan, Felda United
Kumpulan D - Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM

Selangor yang memperkukuhkan barisan pemain dengan pengambilan 3 pemain muda iaitu Saarvindran, Nazri Ahmad dan Haziq Zikri dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan..namun skuad Perak bakal berdepan masalah besar akibat penggantungan 5 pemain utama mereka akibat insiden ketika menentang Sabah 19 Mei lalu..perlawanan pertama peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6 September 2011

pasukan Selangor dilihat lebih bersedia dgn beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk perlawanan menentang pasukan kebangsaan yang dijadualkan pada 6 Ogos 2011 jam 10 malam bertempat di Stadium Shah Alam

selain itu..pasukan Harimau Muda yang kini berada di Slovakia menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini..setelah tewas tipis 0-1 kepada Chelsea..mereka mempamerkan aksi meyakinkan selepas menang 3 perlawanan pertama menentang FK Bodva Moldova (1-0), MFK Topvar Topolcany (2-1) dan Tatran Liptovsky Mikulas (2-1)..ini sebagai persediaan bagi menghadapi siri Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia..Malaysia yang diundi bersama Jepun, Syria dan Bahrain dijangka memberikan tentangan biarpun perbezaan ranking yang amat ketara

jadi bersama-samalah kita memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan..moga Harimau Malaya terus mengaum gah di persada bola sepak dunia

sumber dari: Dunia Sukan Online dan Google