Mereka Masih Di Situ

Sejenak aku terfikir
Dari kisah semalam yang suram
Kita di sini duduk berbincang
Kita sepakat mengatur langkah
Bersama merentas laluan berhalang

Namun aku lihat
Mereka alpa dengan kemenangan silam
Mereka leka dengan sejarah yang makin suram
Hanya duduk-duduk dengan omong kosong
Maki dan cerca tanpa sebarang tindakan

Dan tatkala kita menjulang anugerah
Ketika nama kita disebut gah
Mereka hanya mampu berbisik sesama sendiri
Dengan sifat iri dan busuk hati
Merendahkan kita tanpa rasa malu
Kononnya mereka yang lebih hebat
Kononnya mereka yang layak dimartabat

Dan nanti
Di saat kita terus ke depan
Ketika kita maju dengan harapan
Apa yang kelihatan
Mereka masih di situ
Berteman omong kosong dan bangga diri
Kononnya mereka tetap nombor satu

aku tulis ni lps tgk 'mereka' masih tak mampu terima kekalahan :p

Diam Itu Ada Indahnya

Aku masih terdiam di situ
Tidak bersuara
Apatah lagi membalas kata
Kerna ku tahu diam itu lebih indah
Dari sengketa yang berpanjangan

Aku diam bukan bererti aku kalah
Aku diam bukan bererti aku berundur
Aku diam bukan bererti aku bersalah

Tetapi
Aku diam...untuk berfikir sejenak
Aku diam...untuk bertafakur
Berittilak
Aku diam..supaya dapat ku persiapkan strategi

Lantas...
Ternyata diamku punya banyak makna
Diamku...membekukan segala api kemarahan
Melenyapkan dendam kesumat
Memintal mati tali permusuhan
Membenam rasa keinsafan
Menyelit rasa kemaafan

Biar mereka fikir aku seakan tewas dalam panahan hujah mereka
Tapi ternyata aku menang
Menang di jiwa di minda
Memerangi diri sendiri
Dari nafsu amarah

Kerna aku percaya
Diam itu ada indahnya

Ngauman Harimau Malaya


setelah 14 tahun menanti..tanggal 29 Disember 2010 menyaksikan satu sejarah baru..Sang Harimau mengaum megah di Stadium Bung Karno..Garuda yg selama nih bongkak kononnya raja terkulai kepatahan sayap di tanah air sendiri..ternyata kutukan2 keras dr bangsa yang tak boleh menerima kekalahan tidak dipedulikan oleh pasukan K.Rajagobal

konon nye isu laser punca kekalahan mereka di Stadium Bukit Jalil..padahal terbukti yg penyokong mereka yg memulakan trend tu ketika Indon menentang Malaysia dlm peringkat kumpulan..then dgr lak desas desus mereka akan menggunakan khidmat pawang utk perlawanan akhir yg kedua..padahal diorg tak sedar..pawang Indon kena lempang dgn Kak Limah smpi menggigil..hahaha


Khairul Fahmi ternyata mencuri tumpuan dgn aksi tangkas menafikan percubaan demi percubaan dari Indonesia..Muslim mengetuai barisan pertahan yg bekerja keras mengekang setiap serangan lawan..Safee Sali dan Shahrul Idlan turut beraksi baik di bahagian serangan dgn beberapa percubaan bahaya menguji Markus yg byk songeh tuh..nasib bola yg dirembat Safee Sali tuh tak kena kepala dia..kalo tak maunye menyala api td..haha

walaupun Malaysia tewas 1-2 di tempat lawan..namun kita tetap juara dgn aggregat 4-2..dan dgn gah nye menjulang piala di hadapan ribuan penyokong yg sebelum nih terlalu bongkak menyalak dan menghina negara kita..kepada pemain2 negara jutaan tahniah diucapkan..korg dh mula mengembalikan penyokong2 Malaysia..bangga bila tgk kat fb semua letak gambar jersey Malaysia..bangga bila lepak tgk bola semua bangsa dtg sokong Malaysia..kekalkan prestasi membanggakan ni dan tingkatkan lg mutu permainan..Malaysia Boleh~!!


Jumaat cuti umum..tq pemain Malaysia

Sunyi Yang Tercalar

Kesunyian ini
Dicemarnya lagi
Dengan kata-kata nista
Bersulamkan hasad dan iri
Merenggut leka yang berlegar
Hingga aku kembali tersedar

Kesunyian ini
Diratahnya lagi
Dengan bisik-bisik cela
Berhiaskan tawa dendam
Menggoyang sabar dan ketabahan
Hingga ku hampir hilang pedoman

Kesunyian ini
Digurisnya lagi
Dengan bibit-bibit hina
Bercorakkan senyum dusta
Mengusik tiang keyakinan
Menghalang sedikit sinar percaya

Dan sunyi itu
Yang masih milik aku
Kini rosak dan tercalar
Sekadar dengan nista dan dusta

Kak Limah Oh Kak Limah

lepas satu kes..satu lg kes jadi..haih..tak abes2 laa Kampung Pisang nih..kalo dulu kecoh ngan zomba nye..eh silap..zombie nye..nih kecoh pulak kes hantu Kak Limah balik umah..dh laa sebelah umah Usin


sbb curious sgt apa punca semua nih..aku ngan budak2 opis Sigmax serang GSC Alamanda nak tgk citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..walaupun sedikit lewat sbb Luqman tak dpt potong keta Kembara tuh..tp kitorg sempat tgk dr awal

dan hasilnya..pecah panggung dan pecah perut..mmg terbaik citer nih..lawak semata diselitkan sikit babak2 seram tp still lawak..mmg tak abes gelak sepanjang citer nih..nasib takde Mat Karen (AC Mizal) ngan Deris(Que Haidar) je..kalo tak lg sakit laa perut ketawa..citer mcm nih laa patut sembang target juta2..bukan citer bodoh yg tiru poster omputeh tuh

jalan cerita yg kemas..babak2 seram yg saspen..lawak2 yg menjadi..tabik spring kat abg Mamat Khalid..Awie pun mainkan watak dia dgn baik..dgn tok bomoh yang mcm haram gelagatnye..aku bagi 4.5 bintang pada filem nih sebab takde yg sempurna kan?..so takleh laa bagi 5 bintang..pada yg blom tgk lagi..gi laa tgk lepaskan tension korg dgn bergelak tawa..hehehe

Arghhh...Dia Datang Lagi

Trailer Transformers: Dark of the Moon

setelah kejayaan Transformers dan Transformers: Revenge of the Fallen..pengarah Michael Bay sekali lagi bekerjasama dengan penerbit eksekutif Steven Spielberg dalam Transformers: Dark of the Moon..filem nih bakal ditayangkan Julai 2011 dan dibintangi oleh hero yang sama..tp dgr kata Megan Fox nyer watak akan digantikan oleh Rosie Huntington-Whiteley (sumber dari Oh!Bulan)

waktu Transformers yg 1st keluar wayang..aku ingat lg aku part-time kat GSC Mid-Valley tukang check bag org2 yg masuk..pastu bila start je duk dlm satu panggung n perhatikan kalo2 ada yg merakam (padahal mata tgk skrin je)..sbb time tuh Malaysia negara 1st tayangkan filem tuh..masa tuh tayangan perdana dan sangat ramai artis dan vip yg dtg menonton..bayangkan semua panggung kat Mid-Valley tuh (ada 10 kot) tayangkan citer yg sama..siap org dari Universal Studio Singapore turun sekali..dan filem Transformers nih jugak antara filem yg aku tgk berulang kali..grafik dan cgi dia mmg terbaik setakat nih

yg pasti mesti banyak action utk filem ketiga nih..kali nih aku tanak lepaskan peluang untuk tgk 3D..baru rasa mcm Optimus Prime ada dpn2 muka..hehe..cepat laa Julai :p

BlogLarian

tgh2 blogwalking tetiba terperasan pasal BlogLarian nih..so usha2 laa sket n rasa berminat plak mau join..so terus laa wat entry nih :D


klik gambar utk ke BlogLarian

Slogan: Saya suka berblogwalking kerana selain utk up traffic blog, saya leh kenal ramai
lagi blogger2 kat Malaysia nih

then nak tag lak 3 org:

tuh je laa kot..done~!!


Trip to Batu Pahat

last weekend gi Batu Pahat..konvoi 3 keta tp 2 keta je yg stay sana..sebijik lg balik hari..plan asal nk lepak Batu Pahat je..sudahnye ke sana sini meronggeng..tp mmg layan n happening..layan je laa gambar2 nih :D

lajak ke Danga Bay

tgk je pun..tak naik :D

kapal warna warni kat Danga Bay

paginye plak gi ke Gunung Pulai

cari port mandi baik punya

nih angkara pacat

photoshoot outdoor

pengantin

penyibuk

depan banglo usang

nih laa lokasi fotografi tuh

balik singgah Melaka

kasi pilih ikan

ratah tulang siakap :D

Kisah Di Sebalik Tanjong Samudera Part 1

hari tuh ada plan oleh abg Kafy utk buat family day..dan dia ada bertanya mana tmpt yg best kat Melaka..aku just cadangkan A'Famosa Resort sbb pd aku tuh laa tmpt yg ok kat Melaka..so dia pun kata masuk dlm list dl..selepas beberapa ketika..mayb lepas bincang2 segala..aku dimaklumkan diorg dh decide tmpt..Tanjong Samudera, Tanjong Kling, Melaka (kampung aku nih)..dgr je nama tmpt tuh..aku terus teringat sebuah hotel besar di hujung kampung aku..betul2 dkt selekoh dan berhadapan dgn pantai

kebetulan Aidiladha aku balik gak ke kampung sbb atuk sorg2 je..so aku amik peluang utk survey tmpt yg dirancang tuh..rupanya aku silap..hotel yg di hujung kampung tuh nama nye lain..so aku jd ingin tahu..mana satu Tanjong Samudera?..aku pun terus laa merayap sepanjang pantai tuh smpi laa kat dpn mata aku terpacak sebuah kondo..tertera kat dpn kondo tuh "Tanjong Samudera"..kalo btol laa nih tmpt yg diorg nak stay..terdapat byk kisah di sebalik Tanjong Samudera nih

pemandangan dari atas Tanjong Samudera

tp aku rasa aku akan ceritakan kisahnye bila balik dr sana nnt..baru suspen :D

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

bagi peminat2 rock kapak zaman 90-an..pasti kenal dgn nama Mohd. Shamrin Abd. Samad atau Shamrin..vokalis kumpulan Fotograf..berita sedih buat peminat2 beliau..Shamrin telah pulang ke Rahmatullah pada jam 6.40 pm 11 November yang lepas

Allahyarham yang terkenal dgn lagu Di Alam Fana Cinta dan juga Luka Seribu Rindu dikatakan rebah ketika perlawanan antara artis dgn sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman..beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya sebelum solat Jumaat kelmarin..beliau pergi meninggalkan 4 org cahaya mata hasil daripada dua perkahwinan..kepada peminat2 Fotograf..sama2 laa kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Shamrin dan doakan agar roh beliau dicucuri rahmat..takziah buat ahli keluarga Allahyarham Shamrin

*sgt minat lagu Luka Seribu Rindu :(

Maafkan Kami

lagu Allahyarham P. Ramlee yang telah diberi nafas baru oleh Altimet dan Haziq AF..mungkin ada yg kata merosakkan lagu Maafkan Kami dari filem Pendekar Bujang Lapok..tp pada aku mereka nih kreatif :)



Hello cuba teka siapa kembali
Dia main sample lagi
Macam lagu dulu pukul 6 pagi
Mereka yang mereka terus sakit hati
Bisik bisik bisik bikin kontroversi
Bukan lagu dia seakan seperti
Lagu sipulan yang itu ini
Tapi dilajukan key lebih tinggi

Jadi mereka menunding jari
Kamu tak kreatif sang pencuri (takk)
Kamu kurang memahami dalam muzik kami
Inilah naluri

Wahai che’ abang jangan la meradang
Kami disini hanya berdendang

Korus:
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami

Wahai che’ abang bawalah bertenang
Cerita kami bukan temberang

Jadi kami susun sepuluh jari
Tapi tak berani janji takkan sample lagi
Kami makan dulang mari jemput mari
Tua muda bismillah kongsi royalti

Bukan pencuri kami anak seni
Dari bawah tanah diam berisi
Tak perlu tongkat boleh berdiri
Kalau tak sudi kami jalan sendiri
Mari mari kita bersama meniaga
Kamu kami kita saya berkarya
Masing masing tepuk dada tanya selera
Kami tak kisah asal selesa

Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami

Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami

Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami

Sawah Oh Sawah

masa kecik2..aku ingat lg sawah kepunyaan atuk berhampiran Kampung Gelam..kalo balik sana musim menuai..mmg seronok laa main2 kat sawah..mandi kat perigi tgh2 sawah..duk lepak kat pondok tgh2 sawah..kejar pepatung..berkubang dalam lumpur..tangkap kumbang ladybird..mcm2 lg laa..tp lepas atuk jual sawah tuh aku dh lama tak jejakkan kaki ke sawah

sbb tuh bila kwn2 menyuarakan hasrat nak gi Kuala Selangor utk men sawah..aku tanpa segan silu dan konfiden nye nak join..org kata apa..nak menyelami kembali zaman kanak2..3 hari 2 malam kat Homestay Sungai Haji Dorani mmg menyeronokkan..ckp byk tanak..layan laa gambar2 nih :D

view dr belakang rumah yg kitorg duduk

uno jadi hiburan kat sana

muka2 penuh hasad dengki main uno..haha

then lepak lak kat tali air tgh2 sawah

bila dh lama sgt terperap kat Cyberjaya

nih namanye menggagau ikan

dah tak macam tangkap ikan dh

pelangi petang

nih laa hasilnya bermain lumpur

pastu mandi lak kat tali air dpn umah

malam ada bbq lak

kepuasan yg tak terhingga bila wat aktiviti mcm nih dgn kawan2..harap2 pasnih ada lg plan2 best kat tmpt2 yg best :D

Terima Kasih

pd post lepas..aku menyatakan hasrat utk berhenti berblogging n nak tutup Hanya Secebis Nukilan nih..tp atas dorongan n sokongan dr kawan2 blogger..aku amik keputusan utk kekalkn jugak blog nih..walaupun update akan dibuat mungkin sebulan sekali atau dua kali :D

thanx atas kata2 sokongan dr blogger2..insyaAllah ada masa lapang aku akan jenguk2 blog2 korg semua ye?chow chin chau~!!

Akhirnya

setelah agak lama blog aku nih di'anak tiri'kan..dpt gak aku jenguk n post sket update..semenjak dua menjak nih agak bz ngan keje baru..kadang2 jejak smpi ke malam kat opis..balik2 gi lepak lak ngan kwn2..mlm tuh je laa waktu nk lepak..then balik bilik tido..pagi bgn masuk keje balik..mcm tuh laa rutin hari2..kalo ada bola ptg tuh..cabut awal dr tmpt keje..hehe

agak lama tak berjalan menjengah blog kwn2..atas dasar tuh gak blog aku takde org yg jenguk..hehe..so tau laa org dtg sini bila aku gi blog diorg je..dalam planning lg nk stop blog nih ke tak..sbb kesian lak dia terabai tanpa perhatian sejak2 aku keje nih..so any idea dr geng blogger aku?


nih pun aku kat opis..tp server internal down lak..takleh access keje..tp online luar leh plak..haha..sbb tuh laa aku leh update blog nih..tunggu laa jap lg kot2 server ok..start laa balik keje :D

tu je kot..smpi berjumpa lg bila aku ada masa..kalo tak maybe aku akan tutup terus blog nih..chowz

nak stop ke tanak ye?

100

akhirnya muncul juga follower aku yg ke 100
terima kasih sudi singgah, baca dan follow blog nih
nih rupa blog follower ke 100 aku 


nih buktinya



dan ini pula awardnye

 sudi2 laa amik yer?

dan cik hana sila hubungi sy di ym blazenest_remix ye?
sbb ada giveaway utk follower ke 100 :p

Tersentuh

tgh sibuk melayari youtube cari klip2 Tun Dr. Mahathir..tiba2 aku terpandang satu dr hasil carian yg bertajuk Malique - Layu (Bersama Lirik)..so aku try bukak..dan nih yg aku tgk


sgt2 dalam lirik dia..aku mmg sgt hormat pada Tun M dan sgt suka dgt sajak Perjuangan Belum Selesai..dan Malique sgt aku minati dgn hasil2 gubahan lagu yg sgt unik dan bermakna..tahniah Malique kerana cuba utk menyedarkn bangsa

Takziah Pada Keluarga Mangsa

masing2 sibuk memperkatakan tarikh yg muncul hari nih..10 Oktober 2010 atau 10/10/10..ramai yang kahwin dan bertunang sempena tarikh nih..senang nk ingat katanya..angkasawan negara pun melangsungkan perkahwinan hari nih..dgr kata wat secara grand..aku tak tgk pun siaran langsung nye..majlis dh grand, tarikh dh best..moga kekal laa hendaknya..jgn hanya separuh jalan mcm artis2 kita

namun dalam kegembiraan tarikh tuh..satu tragedi telah berlaku ptg td yang telah meragut 12 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain

kesesakan yang berlaku

  
bas JKM yang terlibat

Honda Accord yang hancur 

Myvi yang dihempap bas 

ngeri

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain 
sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-Bernama


takziah pada keluarga mangsa2 yang terlibat..pada yang 'pergi' sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..percayalah tuhan lebih menyayangi mereka..harap polis dan pihak bertanggungjawab dapat mencari punca sebenar kemalangan nih

sumber berita dari myMetro
sumber gambar dari Mohd Safuan

Cuti-Cuti Malaysia dan Hari Lahir

hari tuh aku sempat gi Cuti-Cuti Malaysia ngan Aizal, Kafy n Kak Era..walaupun bukan laa gi cuti-cuti sgt..teman Kafy hantar Kak Era balik Sungai Petani je sebenarnya..tp lepas tuh merayap laa jalan2 area situ..pastu gi Penang kejap..masuk Gurney Plaza..gi Feringgi..layan laksa Penang ngan air kelapa tepi laut..balik naik feri..malam gi makan mee udang terbaik kat Pulau Sayak..then makan char kuew teow lak kat area umah Moy kat Permatang Pauh..saje jalan2 tenangkan fikiran..haha

lepas dh sehari kat Sungai Petani..kitorg pindah lak destinasi ke Ipoh..duk umah Kafy satu malam..sempat gi tgk wayang citer Magika kat Ipoh Parade.."terbaik" wo wayang dia..haha..pastu makan kat area Green Town..adik Kafy si Raudah bwk lak tgk umah2 hantu katanya :p..esoknya plan nak balik naik ETS (Electric Train Service) dari Ipoh ke KL Sentral..ingat nk naik tren kol 2 tp tak sempat..naik laa tren kol 3..syok gak naik tren nih..org tak ramai..siap ada stewardess lg..haha..lama tak travel mcm nih..selalu gi sana sini pun ikut event ataupun keje..sekali sekala merayap sendiri layan gak

lama dh tak naik feri :D

pantai Feringgi

layan laksa penang ngan air kelapa tepi pantai

mee udang terbaik~!!

char kuew teow..tau2 dh abes je :p

stesen keretapi ipoh

menanti tren sampai

ETS ke KL Sentral

dan semalam hari lahir aku..walaupun aku duk sorg2..takde sambutan or hadiah..tp msg2 dan komen2 kat fb yang tak berhenti-henti masuk cukup utk buat aku hepi..siap aku kira lg..ada laa dlm 100+ org yg wish..terharu giler..thanx pada semua kawan2 aku sama ada geng2 MMU, mmbr2 sekolah, rakan2 blogger dan lain2 yang wish utk besday aku..sgt2 menghargai semua ucapan2 tuh..kalo ada yg aku tak reply tuh..mintak maap byk2..mungkin terlepas pandang..harap2 korg doakan aku yang terbaik utk umur baru nih..insyaAllah besday korg2 aku try tak lupa utk wish k?

rupanya kat Sungai Petani kuih cakoi tuh namanya PAK TONGKOL..haha

Selamat Datang Oktober

September berlalu pergi..datang lak Oktober mengganti..rasa mcm bulan lepas sambut tahun baru 2010..makin lama makin cepat masa berlalu..sbb mmg masa yg berlalu cepat ke atau kita manusia yg leka ngan keje2 seharian?..dan dlm kesibukan tuh..aku sndr lama tak update blog melainkn letak wishlist utk BESDAY aku..haha..sajer nk bgtau kat semua BESDAY aku 8 Oktober nih..lg baper hari je..pastu besday Abah lak 12 Oktober..selain tuh beberapa kawan2 aku yg menyambut hari lahir sehari sebelum, sehari selepas dan yang sewaktu dgn nye..selamat hari lahir Oktoberian :p


September berlalu tanpa byk citer menarik selain hari raya dan special occasion waktu hari raya..yg lain2 nye sekadar keje, study, duk bilik etc..mungkin sbb tuh ada lagu "Wake Me Up When September Ends"..dia tau September takde apa sgt kot..bila Oktober je start happening..so plan utk bulan 10 nih..mayb ada job luar tp tunggu confirmation..malam duk dpn pc wat design kad kahwin..nk start balik training hoki malam2..ptg kalo berkesempatan..nk main bola sepak sbb dh hampir 2 bulan tinggalkn sukan tuh..mungkin sedikit bz pertengahan bulan nnt sbb ada projek nk buat


moga2 Oktober nih memberi lebih byk rezeki dr bulan2 sebelumnya..nk kumpul duit utk wishlist tuh semua..hehe..sambil2 tuh kita jenguk2 sket karakter org2 yg lahir di bulan nih :

Sifat orang yang lahir pada bulan Oktober biasanya:

1: Suka berbual 
2: Suka orang yang sayang padanya.  
4: Sangat menawan & sopan santun. ✔ (haha) 
7: Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.  
8: Sentiasa berkawan. 
10: Cepat marah. 
13: Suka melihat dari perspektifnya sendiri.  
16: Suka berangan & pandai bercakap.

Macam Biasa..Wish List For Birthday :D

tahun nih nk buat wishlist baru walaupun last year nye tak semua yg dpt..ada yg dpt lepas2 besday..tak kisah laa tuh janji ada..hehe..jenguk sket laa wishlist lama :D



so utk ini tahun..aku ada tempoh mulai 8 Okt 2010 smpi 7 Oktober 2011 utk try dapatkn barang2 dlm wishlist nih

 Akustik Gitar

LCD Monitor

 Samsung Galaxy S

Nikon D5000